Vivo Y29t 5G Kini Tersedia Di Malaysia Secara Eksklusif Melalui Syarikat Telekomunikasi

TechnologyDigital
23 Jun 2025 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo mengumumkan ketibaan model terbaharu Y29t 5G untuk pasaran tempatan. Peranti ini hadir dengan spesifikasi yang hampir sama seperti model Y29 yang dilancarkan beberapa bulan lalu, namun dengan perbezaan ketara pada kapasiti bateri yang sedikit lebih kecil iaitu 6000mAh. Walaupun kini tersedia di Malaysia, pengguna masih belum boleh membelinya secara fizikal pada masa ini.

image is not available

Sebaliknya, ia hanya ditawarkan secara percuma melalui U Mobile dan CelcomDigi dengan syarat terikat pada kontrak pascabayar. Laman web rasmi syarikat telekomunikasi berkenaan turut menyenaraikan harga jualan bermula RM899 (128GB) dan RM1,099 (256GB). Namun, masih belum jelas bilakah peranti ini akan dijual secara terbuka tanpa sebarang kontrak.

Vivo 29t 5G hadir dengan skrin LCD berukuran 6.74-inci HD+ (1600 x 720) dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 6300 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera peranti ini terdiri dengan 50MP + 0.08MP serta swafoto 5MP.

image is not available

Peranti turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W. Selain itu, peranti turut menawarkan sambungan 5G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.4, NFC, serta dilengkapi dengan pengimbas cap jari sisi.