vivo Y31s Rasmi Dilancar Dengan Bateri BlueVolt 6500mAh Yang Tahan Sepanjang Hari, Harga Bermula Dari RM1,199

TechnologyDigital
12 Jun 2026 • 12:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: vivo Y31s Rasmi Dilancar Dengan Bateri BlueVolt 6500mAh Yang Tahan Sepanjang Hari,  Harga  Bermula Dari RM1,199

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (11 Jun) vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan vivo Y31s, sebuah telefon pintar mampu milik berkuasa yang dibangunkan untuk menyokong pengguna yang menjalani gaya hidup aktif serta sentiasa bergerak.

Dikuasakan oleh bateri BlueVolt 6500mAh, vivo Y31s hadir untuk memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan prestasi bateri yang tahan lama sepanjang hari.

Ia dibina untuk ketahanan maksimum, vivo Y31s hadir dengan penarafan kalis habuk dan air IP68 serta IP69+, perlindungan kalis air tiga lapisan, dan ketahanan jatuhan bertaraf tentera.

Dengan kesihatan bateri jangka panjang yang direka untuk mengekalkan kapasiti bateri untuk tempoh penggunaan yang lebih lama, vivo Y31s bersedia menemani pengguna dalam urusan kerja, perjalanan dan kehidupan seharian.

Ditawarkan dalam dua pilihan warna bergaya yang diinspirasikan oleh keindahan suasana malam Kuala Lumpur, vivo Y31s hadir dengan reka bentuk premium dan ekspresif menerusi warna KL Midnight Purple dan Glowing Black. KL

Image from: vivo Y31s Rasmi Dilancar Dengan Bateri BlueVolt 6500mAh Yang Tahan Sepanjang Hari,  Harga  Bermula Dari RM1,199

Midnight Purple menampilkan sentuhan elemen kosmik serta aksen perak yang mencerminkan kemeriahan latar langit bandar dan malam tropika, manakala Glowing Black diinspirasikan daripada galaksi berbintang dengan kilauan halus yang menyerlahkan aura misteri dan elegan.

Melengkapkan penampilannya, mempunyai reka bentuk belakang quad-curved yang anggun, bingkai bertekstur logam matte, profil nipis setebal 8.39mm serta berat hanya 209g untuk keselesaan penggunaan sepanjang hari. Ia turut dilengkapi Dynamic Light berbentuk cincin yang menghasilkan animasi cahaya berwarna-warni untuk panggilan, notifikasi, pengecasan, muzik dan pelbagai peringatan lain, dengan pilihan penyesuaian yang membolehkan pengguna memadankan efek pencahayaan mengikut gaya dan personaliti masing-masing.

Kuasa Berpanjangan, Prestasi yang Diyakini

Dilengkapi bateri BlueVolt 6500mAh yang berkapasiti besar, vivo Y31s direka untuk memenuhi keperluan harian pekerjaan aktif yang bergantung kepada telefon pintar mereka sepanjang hari.

Dengan ketahanan kuasa yang luar biasa, ia mampu menyokong penggunaan berterusan untuk pelbagai aktiviti harian tanpa perlu risau tentang pengecasan yang kerap. Pada masa yang sama, teknologi pengurusan kuasa pintar memastikan penggunaan tenaga yang lebih cekap, menawarkan masa siap siaga sehingga 9.6 hari serta pengoptimuman pintar ketika mod tidur untuk mengurangkan penggunaan bateri semasa tidak aktif, menjadikannya teman yang boleh diharapkan untuk penggunaan jangka panjang.

Bateri ini direka untuk tahan lebih lama, dengan sehingga 1,600 kitaran pengecasan penuh sambil mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti asal dalam ujian makmal. Ini bersamaan kira-kira lima tahun penggunaan, bergantung pada tabiat pengecasan harian anda.

Dibina berasaskan seni bina ketumpatan tenaga ultra tinggi 782 Wh/L, bateri ini menawarkan sekitar 18% ketumpatan tenaga lebih tinggi berbanding bateri grafit konvensional, sekali gus membolehkan kapasiti tambahan sehingga 1,000 mAh dalam saiz yang sama.

Penambahbaikan pada kestabilan anod dan katod, elektrolit penggunaan litium rendah yang membantu mengurangkan degradasi bateri, serta teknologi MMT yang meningkatkan pelesapan haba dan kecekapan pengecasan, semuanya bekerjasama untuk memastikan prestasi bateri kekal optimum dan tahan lebih lama.

Algoritma kesihatan bateri yang dibangunkan sendiri membantu mengoptimumkan penggunaan bateri dari segi perisian dan pengecasan. Ciri seperti perlindungan pengecasan semalaman, perlindungan suhu tinggi, paparan status kesihatan bateri secara masa nyata, serta pilihan had pengecasan pada 80% atau 90% membantu memanjangkan jangka hayat bateri.

Peranti ini turut dilengkapi dengan teknologi Smart 44W FlashCharge yang disokong oleh sistem perlindungan keselamatan 29 lapisan untuk melindungi daripada voltan berlebihan, arus berlebihan, suhu melampau dan litar pintas. Selain itu, cip IC buck-boost 2:1 berkecekapan tinggi dengan kadar kecekapan sehingga 98.5% memastikan pengecasan yang lebih efisien. Kawalan pengecasan pintar berperingkat, sehingga 43,200 pemeriksaan suhu setiap hari, serta sokongan PPS Fast Charging membolehkan pengecasan yang pantas, stabil dan selamat dalam pelbagai situasi penggunaan.

Tahan Lasak untuk Setiap Syif, Hujan, Habuk dan Jatuh

Direka untuk mereka yang bekerja di luar, di jalan raya dan dalam keadaan yang tidak menentu, vivo Y31s menawarkan sistem ketahanan menyeluruh dengan perlindungan habuk, air dan hentakan melalui penarafan IP68 dan IP69+ yang membolehkannya tahan rendaman air serta pancutan air bertekanan dan bersuhu tinggi. Struktur tiga lapisan kalis air meningkatkan pengedapan dalaman, manakala ciri Wet-Hand Touch memastikan skrin kekal responsif walaupun dalam keadaan hujan atau tangan basah. Ia turut menyokong One-Tap Water Photography untuk rakaman bawah air yang mudah, serta sistem pengeluaran air terbina dalam yang membantu menyingkirkan sisa kelembapan dengan cepat bagi mengekalkan prestasi peranti selepas terdedah kepada air.

Perlindungan kalis habuk IP6X peringkat industri memastikan peranti ini tertutup sepenuhnya daripada zarah halus, memberikan prestasi yang lebih stabil dan boleh dipercayai dalam persekitaran berhabuk atau banyak serpihan.

Dari segi ketahanan fizikal, vivo Y31s turut menerima pensijilan SGS Gold Label 5-Star Premium Performance dengan keupayaan tahan jatuh sehingga 3.5 meter serta pematuhan standard ketenteraan MIL-STD-810H melalui ujian jatuhan pelbagai sudut.

Image from: vivo Y31s Rasmi Dilancar Dengan Bateri BlueVolt 6500mAh Yang Tahan Sepanjang Hari,  Harga  Bermula Dari RM1,199

Ia juga dilengkapi dengan Guardian Glass yang menggunakan proses penguatan pertukaran ion berganda untuk meningkatkan ketahanan terhadap tusukan, hentakan permukaan dan keseluruhan ketahanan skrin.

Selain itu, peranti ini telah melalui ujian kebolehpercayaan yang ketat termasuk ketahanan suhu ekstrem, simulasi penggunaan butang dan port berulang kali, serta ujian jatuhan frekuensi tinggi, memastikan ia direka untuk tahan lama dalam penggunaan harian dengan keyakinan yang lebih tinggi.

Image from: vivo Y31s Rasmi Dilancar Dengan Bateri BlueVolt 6500mAh Yang Tahan Sepanjang Hari,  Harga  Bermula Dari RM1,199

Direka untuk Prestasi Lebih Hebat

vivo Y31s dikuasakan oleh platform Qualcomm Snapdragon® 4 Gen 2 yang menampilkan seni bina lapan teras dengan kelajuan maksimum sehingga 2.2 GHz, menawarkan prestasi CPU 10% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Dibina menggunakan proses 4nm yang lebih maju, peranti ini memberikan kecekapan tenaga yang lebih baik sambil mengekalkan prestasi yang pantas dan responsif untuk aplikasi, navigasi dan hiburan, memastikan pengalaman penggunaan yang lancar sepanjang hari.

Teknologi storan UFS 3.1 turut meningkatkan prestasi peranti dengan kelajuan baca dan tulis sehingga 3x lebih pantas berbanding generasi sebelumnya, mencapai sehingga 1800 MB/s untuk muat turun yang lebih laju serta tindak balas sistem yang lebih responsif.

Pengguna juga boleh menikmati pengalaman multitugas yang lancar dengan sokongan lebih daripada 25 aplikasi latar belakang aktif serta RAM tambahan sehingga 8 GB + 8 GB Extended RAM pada vivo Y31s.

Dengan storan sehingga 256 GB dan teknologi pemampatan storan pintar, pengguna boleh menyimpan pelbagai foto, muzik dan permainan dalam jumlah besar tanpa menjejaskan kelajuan atau ruang peranti.

Image from: vivo Y31s Rasmi Dilancar Dengan Bateri BlueVolt 6500mAh Yang Tahan Sepanjang Hari,  Harga  Bermula Dari RM1,199

vivo Y31s direka untuk kebolehpercayaan jangka panjang dan memberikan pengalaman penggunaan yang lancar sehingga 50 bulan hasil pengoptimuman menyeluruh pada perkakasan dan perisian. Ia turut dilengkapi ciri pintar untuk produktiviti harian seperti Origin Island untuk kemas kini sistem dan cadangan pintar, AI Captions untuk transkripsi serta terjemahan masa nyata, dan vivo Office Kit bagi perkongsian fail rentas peranti yang lebih mudah.

Selain itu, Y31s juga menawarkan ciri privasi dan keselamatan yang kukuh termasuk Private Space dan Theft Protection, membentuk satu ekosistem prestasi menyeluruh yang memberikan kelajuan, kecekapan dan keyakinan dalam penggunaan harian.

Hiburan Imersif, Audio Berkuasa dan Pengimejan AI untuk Semua Gaya Hidup

vivo Y31s menawarkan pengalaman hiburan yang lebih imersif melalui skrin 6.72 inci High-Brightness Eye Protection Display yang direka untuk paparan yang terang dan selesa. Dengan kecerahan sehingga 1050 nits, kandungan masih jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik, manakala kadar segar semula 120 Hz memastikan skrol yang lebih lancar, sentuhan responsif dan visual yang lebih fluid untuk video, permainan dan media sosial. Resolusi 1080P memberikan paparan yang tajam dan jelas, disokong pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light untuk keselesaan mata sepanjang hari sama ada untuk kerja, belajar atau hiburan.

Dengan 400% volume tahap industri daripada vivo, paparan visual yang menarik disokong oleh sistem dwi-pembesar suara yang kuat, memberikan audio stereo yang lebih lantang, jelas dan imersif dengan bass lebih penuh, vokal lebih terang dan kesan sekeliling yang lebih baik. vivo Y31s memastikan pengguna kekal terhibur dan mudah berhubung sama ada menonton filem, mendengar muzik, bermain permainan atau menjawab panggilan dalam persekitaran bising.

Pengalaman audio yang dipertingkat ini sangat berguna untuk pekerja di kilang atau tapak pembinaan serta pengguna yang bergantung pada arahan navigasi, panggilan dan notifikasi yang jelas walaupun dalam keadaan trafik sesak dan persekitaran yang bising.

vivo Y31s menggabungkan teknologi pengimejan canggih dengan alat kreativiti berasaskan AI untuk meningkatkan setiap tangkapan gambar. Ia dilengkapi kamera belakang 50 MP HD dan kamera depan 32 MP yang mampu menghasilkan gambar landskap, potret dan swafoto yang jelas serta semula jadi.

Ciri seperti Underwater Photography membolehkan rakaman walaupun dalam keadaan basah menggunakan kawalan butang fizikal, manakala AI Erase memudahkan penghapusan objek mengganggu dalam satu sentuhan untuk hasil yang lebih bersih. Dengan sokongan AI Photo Enhance, Live Photo, Dual-View Video, Multi-Style Portraits dan Stylish Night Filters, vivo Y31s memudahkan pengguna menghasilkan kandungan kreatif berkualiti tinggi untuk kerja, perjalanan dan kehidupan harian.