Vivo Y35: Prestasi Sederhana Baik Dan Masih Berbaloi Untuk Dimiliki

Digital
15 Aug 2022 • 5:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Vivo Y35 menampilkan Iman Troye sebagai duta model - Gambar ihsan Vivo

Bergaya, tahan lasak, memiliki ciri-ciri canggih dan kuasa pemprosesan yang luar biasa! Itulah kelebihan yang ada pada model terbaharu, telefon pintar jenama Vivo iaitu Y35 yang telah pun dilancarkan di pasaran baru-baru ini. 

Dengan nilai harga RM1,099, model Y35 yang boleh didapati dengan keluaran dua warna iaitu hitam batu akik dan emas matahari ini juga memiliki ruang  storan 8GB RAM+256GB. Bahkan,  storan dalamannya boleh ditingkatkan sehingga 1TB mengikut permintaan pelanggan. 

Tetapi, bagaimana pula dengan spesifikasi teknologi yang dipasangkan pada Vivo Y35 ini?

image is not available

Telefon pintar ini dikuasakan dengan sistem perisian chipset Snapdragon 680 SoC. Walaupun prestasi chipset ini berada di kedudukan pertengahan tetapi ia masih mampu menyokong pengguna untuk memuat turun permainan dalam talian seperti PUBG dan Mobile Legend. 

Namun, jika terlalu banyak aplikasi yang memiliki data berat dimuat turun, ia mungkin sedikit-sebanyak akan menyebabkan sistem pemrosesannya ‘hang’ atau terganggu. Ini kerana chipset tersebut lebih fokus kepada jangka hayat bateri sahaja. 

image is not available
Model Y35 ini boleh dalam dua warna iaitu hitam batu akik dan emas matahari

Dari segi audio, ia dipasangkan dengan teknologi Multi-Turbo 5.5 (Hi-RES Audio) yang mampu memberikan bunyi yang stabil dan lembut pada waktu yang sama.  Ini menjadi satu kelebihan kepada pengguna untuk melakukan penstriminan permainan dalam talian kerana bunyinya akan menjadi lebih mantap.

Selain itu, bateri tanam yang dipasangkan pada model telefon pintar ini pula mampu menjangkau kuasa sebanyak 5,000 mAh dengan sistem pengecasan segara yang menyokong saluran elektrik sehingga 44W. 

image is not available
Model ini memiliki tiga lensa kamera hadapan dengan resolusi sebanyak 50MP (kamera utama) dan 2MP (kamera makro dan mod bokeh), manakala lensa swafoto pula ialah 16MP

Model ini juga memiliki tiga lensa kamera hadapan dengan resolusi sebanyak 50MP (kamera utama) dan 2MP (kamera makro dan mod bokeh), manakala lensa swafoto pula ialah 16MP.

Dari aspek reka bentuk, ia mempunyai skrin bersaiz 6.58 inci dengan ketebalan peranti sehingga 8.28mm. Jadi, saiznya boleh dikatakan agak kompak dan kecil dengan berat keseluruhan 188g.

Oleh itu, penulis melihat spesifikasi dan prestasi model Vivo pada kali ini berada di tahap sederhana baik dengan harga yang berbaloi. Ia sesuai digunakan oleh semua jenis golongan mahupun kanak-kanak mengikut keperluan masing-masing.

Dengan menampilkan penyanyi Iman Troye sebagai duta model, pasti ia akan lebih minat golongan remaja untuk memilikinya. - Getaran, 15 Ogos 2022