Kehadiran Vivo Y36 5G akhirnya diacah secara rasmi selepas ditemui tersenarai di pangkalan data SIRIM tempoh hari. Ia bakal diumumkan secara rasmi pada 13 Jun akan datang dengan harga jualan yang turut didedahkan pada hari yang sama. Namun persoalan mula timbul mengenai perkakasan dalaman peranti yang dikatakan mungkin serupa dengan variasi di pasaran luar.

Sekiranya sama, peranti ini akan dilengkapi skrin sebesar 6.44-inci LCD FHD+ yang dimuatkan dalam panel hadapan sejenis rata dan berlubang kecil di bahagian tengah. Ini dipadanan pula dengan kamera swafoto sebesar 16MP, selain turut memuatkan sistem dwi-kamera 50MP +2MP pula di panel belakang.
Peranti juga akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 6020 sebagai tunjang utama. Kemudian bateri sebesar 5000mAh yang juga menyokong pengecasan berwayar 44W disertakan bersama.



