Vivo Y77 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Ini

TechnologyDigital
4 Jul 2022 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pengguna di Malaysia bakal menerima kehadiran sebuah lagi peranti baharu daripada Vivo tidak lama lagi. Peranti yang dimaksudkan adalah Vivo Y77 5G dan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 7 Julai 2022 menerusi sebilangan saluran berbeza seperti Facebook, Youtube, Lzada, Shopee, Twitter dan Tiktok.

image is not available

Tiada maklumat lanjut mengenai perkakasan dalaman pada peranti yang didedahkan setakat ini. Ia bagaimanapun dilihat menggunakan sistem dwi-kamera di belakang dengan padanan kemasan warna cerun. Dalam masa sama, ia juga mempunyai tubuh berkotak dan skrin yang rata. Panel hadapan pula sejenis bertakuk kecil dan saiz bezel juga boleh dikatakan baik untuk kelasnya.

Seperti biasa, maklumat lebih lanjut bakal terjawab selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak. Kami di Amanz turut akan mengemaskini mengenainya untuk perkongsian bersama termasuklah berkaitan dengan harga jualan rasmi.