Vivy Yusof Akui Gagal, Ambil Tanggungjawab Penuh Kerugian RM43.9 Juta Khazanah Dan PNB

LocalBusiness & Finance
1 Nov 2024 • 7:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
vivy yusof

Usahawan dan pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof akhirnya tampil menjelaskan kerugian pelaburan sebanyak RM43.9 juta, melibatkan dana awam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Vivy, bersama suaminya, Fadza Anuar, mengakui bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan syarikat mereka dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Vivy Yusof dan suami akui buat banyak kesilapan dalam dana pelaburan yang diterima…

image is not available

Dalam kenyataannya, Vivy menjelaskan bahawa sebagai pemimpin di Fashion Valet, segala keputusan terletak pada mereka dan mengakui telah mengecewakan para pelabur, khususnya Khazanah dan PNB.

Kami harus menyatakan dari awal bahawa kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan pelaburan. Sebagai dua orang yang bertanggungjawab menguruskan syarikat, masalah itu berhenti bersama kami dan hakikatnya kami telah mengecewakan pelabur kami.- Jelasnya.

Segala perancangan serba tak menjadi dan ditambah pula dengan wabak Covid-19..

image is not available

Vivy turut menceritakan punca kerugian, termasuk keputusan untuk melabur besar dalam teknologi dalaman, memperluas pasukan terlalu cepat, serta membuka lebih banyak kedai runcit tanpa persediaan untuk waktu-waktu sukar.

Apabila pandemik melanda, perniagaan mereka terjejas teruk dan syarikat berdepan cabaran besar untuk kekal beroperasi.

Kami tersilap meningkatkan skala syarikat dengan menjangkakan pertumbuhan berterusan, dan apabila wabak melanda, kami dibiarkan terdedah. Kalaupun kami cuba mengurangkan kos untuk menukar wang tunai, keadaan menjadi teruk.- Tambahnya lagi.

image is not available

image is not available

Isu ini mendapat perhatian netizen setelah laporan menunjukkan Khazanah dan PNB hanya berjaya mendapatkan kembali RM3.1 juta hasil penjualan saham mereka di Fashion Valet kepada syarikat NXBT Partners pada 2023.

Pelaburan asal sebanyak RM47 juta pada 2018 kini dianggap sebagai kerugian besar, menyebabkan banyak pihak mendesak Vivy untuk tampil memberi penjelasan.

#OhmediaNasihat

Mengurus perniagaan memerlukan perancangan yang teliti dan persediaan menghadapi cabaran. Kejujuran dan ketelusan dalam menghadapi krisis adalah langkah penting bagi membina semula kepercayaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram