Vivy Yusof berhasrat bina aplikasi Sedekah untuk bantu orang memerlukan, tetapi…

LocalTechnology
13 Jan 2025 • 3:17 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Datin Vivy Yusof, usahawan terkenal yang sering mencetuskan kontroversi, sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila mengumumkan hasratnya untuk membangunkan aplikasi sedekah bagi memudahkan orang ramai menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Vivy Sofinas Yusof menyeru para pengikutnya untuk bersedekah pada hari Jumaat sambil menyatakan niatnya mencari individu yang dapat membantu merealisasikan projek tersebut.

image is not available

“Saya bercadang untuk membuat satu aplikasi antara masyarakat dan badan kebajikan atau orang yang memerlukan. Ada yang nak bantu saya membinanya? Atau ada sesiapa yang mahir dalam bidang ini?” tulisnya.

Bagaimanapun, usaha murni Vivy itu mengundang pelbagai reaksi kurang menyenangkan dari pengguna media sosial. Sebilangan netizen mempersoalkan keikhlasan Vivy berikutan dia dan suaminya, Datuk Fadza Anuar, masih berdepan dengan kes di mahkamah.

Pada 5 Disember lalu, pasangan tersebut didakwa di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah yang melibatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad berjumlah RM8 juta.

Difahamkan, kesalahan tersebut dilakukan pada 21 Ogos 2018 di mana dana tersebut disyaki dipindahkan secara tidak sah dari akaun Fashion Valet ke syarikat lain tanpa kelulusan lembaga pengarah. Namun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.