Peranti Poco F1 adalah peranti pembunuh sebenar apabila dilancarkan pada tahun 2018. Walaupun mempunyai spesifikasi kelas mercu, ia ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding sesetengah peranti kelas pertengahan. Pada tahun 2020, Poco akan menjadi jenama yang kendiri tanpa campur tangan dari Xiaomi. Syarikat ini telah mendedahkan peranti baharu mereka akan dilancarkan Februari ini.

Kami tahu ramai pembaca Amanz yang gemar dengan peranti Poco. Tahun 2020 pastinya dinantikan pengguna yang percaya mereka tidak perlu berbelanja lebih untuk memiliki sebuah peranti kelas mercu.
