Malaysia Negara Pasifik Selatan Pertama Menghalang Transmisi HIV Dan Sifilis Dari Ibu Ke Anak

Space
25 May 2019 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak stigma yang terpaksa dihadapi penghidap penyakit HIV dan sifilis di Malaysia. Mereka kerap disisihkan keluarga dan dianggap jijik. Tetapi menerusi perkembangan teknologi sains perubatan, stigma ini sedikit demi sedikit berjaya dihapuskan. Terkini Malaysia menjadi negara pertama di kawasan Pasifik Selatan yang berjaya menghalang tranmisi jangkitan HIV dan sifilis dari ibu ke anak menurut laporan WHO.

image is not available
Ini adalah kerana usaha Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 1998 memberikan rawatan anti retroviral (ART) percuma kepada ibu yang menghidap HIV dan sifilis. Tanpa rawatan ART ketika hamil, kebarangkalian jangkitan HIV dipindahkan adalah di antara 15-45%. Tanpa rawatan sifilis ketika hamil pula boleh mengakibatkan keguguran, lahir mati dan mengalami masalah kesihatan seumur hidup.

Kejayaan Malaysia ini amat membanggakan kerana kita adalah antara terawal yang mengambil inisiatif memberikan akses kepada saringan HIV ketika hamil. Sejurus selepas ia dikesan, akses kepada rawatan diberikan percuma tidak seperti di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat. Hasilnya ialah bayi bukan sahaja bebas dari penyakit yang berbahaya ini malah dapat hidup tanpa stigma masyarakat.

Pelbagai kajian yang dilakukan bagi menentang wabak HIV kini mendatangkan kesan. Ia kini bukan lagi dianggap sebagai hukuman mati kepada penghidap. Terdahulu kajian rawatan ART didapati dapat menghalang pemindahan virus HIV dari pesakit homoseksual kepada pasangan walaupun mereka melakukan hubungan seks tanpa pelindungan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved