Voice Isolator Menghilangkan Hingar Daripada Audio Yang Dirakam Menggunakan AI

TechnologyDigital
9 Jul 2024 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ElevenLabs yang merupakan syarikat yang menghasilkan alat klon suara dan menghasilkan audio daripada teks kini menghasilkan pula Voice Isolator yang boleh menghilangkan hingar bunyi daripada audio latar yang ingin digunakan.

Voice Isolator berfungsi dengan pengguna hanya perlu memuat naik fail audio atau kandungan yang ingin ditingkatkan kejelasan audionya. Sebaik saja selesai dimuat naik, Voice Isolator akan memproses, mengesan dan menghilangkan bunyi bising yang tidak diingini dan menghasilkan bunyi audio yang lebih jelas. Menurut ElevenLabs, kualiti hasil audio yang diekstrak adalah setanding dengan kualiti audio yang direkodkan di studio. Sebuah demo juga turut dilakukan dan dikongsi di Twitter.

Walau bagaimanapun, keupayaan Voice AI Isolator ini masih memiliki sedikit kekurangan dan perlu ditambah baik dimana berlaku ralat seperti hasil bunyi latar belakang yang tidak teratur. Pihak mereka mengatakan bahawa kesemua penambahbaikan ini akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Voice Isolator ini kini tersedia di platform ElevenLabs dan boleh digunakan secara percuma oleh semua dalam had penggunaan tertentu. Ia boleh digunakan untuk suntingan audio yang lebih jelas secara terus dari filem, podsiar atau video YouTube. Bagi mereka yang mahukan akses tanpa batasan saiz fail audio, pelan berbayar ditawarkan pada harga $5 (~RM23.55) sebulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved