
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lumrah sebagai manusia biasa, kita pastinya sentiasa menghitung nilai aset seperti kereta, rumah, dan pelaburan dengan begitu teliti. Namun, jarang sekali kita terfikir tentang harga sebenar di sebalik sebuah kehilangan.
Hari ini (15 Mei), Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan Kalkulator Selamat, sebuah platform refleksi interaktif yang dibangunkan bersama Mr Money TV untuk memberi kesedaran mendalam tentang peritnya sebuah kehilangan, dan beban berat yang bakal ditinggalkan.
Sejajar dengan komitmen berterusannya terhadap keselamatan, Volvo meneruskan misi kempen Selamat untuk mendidik dan memperkasakan pemandu di Malaysia agar membuat pilihan yang lebih bijak. Ia menterjemahkan risiko yang dihadapi di jalan raya — sekali gus menegaskan betapa pentingnya perlindungan menyeluruh apabila musibah melanda.
Selamat Calculator direka untuk menukar kemungkinan itu kepada satu refleksi yang nyata. Ia melontarkan satu persoalan yang berat: Apakah yang akan terjadi jika anda tidak lagi sempat mengucapkan, atau membalas ucapan “Selamat” untuk selamanya?

Melalui siri soalan yang merangkumi umur, kerjaya, pendapatan, tanggungan, gaya hidup, dan nilai peribadi, platform ini menjana profil risiko keselamatan individu. Ia turut menganggarkan impak kewangan dan emosi yang bakal ditinggalkan — daripada beban kewangan yang terpaksa dipikul waris, sehinggalah impian masa depan yang akhirnya terkubur begitu sahaja.
Peserta akan dikategorikan kepada salah satu daripada empat profil fasa kehidupan: tulang belakang keluarga, rakan hidup dalam perkahwinan, individu solo yang bebas dengan masa depan yang cerah, atau seorang pendaki kerjaya yang gigih membina kehidupan masa kini.
Lebih penting lagi, penilaian kendiri ini berfungsi sebagai satu peringatan yang cukup tajam — akibat daripada kealpaan dan sikap sambil lewa di jalan raya bukan sekadar diukur pada detik insiden itu berlaku. Ia sebenarnya diukur menerusi detik-detik indah yang tidak sempat dirasai, masa depan yang tidak kesampaian, serta insan yang akan hilang tempat bergantung jika suatu hari nanti, kita tidak lagi pulang dengan selamat.
Tamparan Kesedaran Buat Pemandu
Patricia Yaw, Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia berkata: “Tiada apa yang lebih berharga daripada nyawa anda, namun ada kalanya kita alpa dan mengambil mudah soal keselamatan — lagipun, pemandu juga manusia biasa.
“Selamat Calculator bukanlah dicipta untuk meletakkan tanda harga pada sebuah nyawa. Ia bertindak sebagai peringatan mesra agar kita lebih menghargai nilai kehadiran kita di dunia ini, dan apa yang mungkin hilang jika kita tiada. Kerana nilai sebenar ‘Selamat’ itu tidak diukur dengan harta benda, tetapi menerusi insan-insan yang kita sayangi serta pencapaian yang kita bina.”

Peter Yong, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Mr Money TV, pula berkongsi perspektif dari sudut kewangan: “Pada akhirnya, celik kewangan bukan sekadar tentang menguruskan angka; ia adalah tentang bagaimana kita menghargai aset kita yang paling berharga — nyawa kita sendiri. Kita sering mengutamakan kemewahan tetapi terlepas pandang ‘pelaburan’ senyap yang membolehkan kita terus hidup untuk menikmatinya.
“Selamat Calculator ini adalah satu tamparan kesedaran. Ia mencetuskan kesedaran tentang apa yang benar-benar bermakna, mengingatkan kita bahawa pilihan terbaik dalam hidup tidak semestinya dinilai dengan wang. Kadangkala, ia adalah perkara paling mudah: memakai tali pinggang keledar, mendapat rehat secukupnya, atau bersabar ketika memandu. Apabila kita memilih untuk memandu dengan selamat, kita bukan sahaja menyelamatkan diri sendiri, tetapi juga nyawa orang lain di jalan raya.”

Menjadikan ‘Selamat’ Tanggungjawab Bersama
Selamat Calculator merupakan salah satu daripada inisiatif pendidikan yang diperkenalkan oleh Volvo Car Malaysia untuk menegaskan semula kepentingan asas keselamatan jalan raya. Seiring dengan penganjuran acara utama Selamat Driving Experience pada 16 hingga 17 Mei 2026, ia membentuk sebahagian daripada kempen Selamat — dengan matlamat untuk mengubah persepsi keselamatan jalan raya daripada sekadar kepatuhan undang-undang, kepada satu tanggungjawab bersama.
“Mesej ‘Selamat’ sudah sebati dalam DNA Volvo dan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Dalam setiap ucapan ‘Selamat’, terselit doa yang ikhlas agar insan tersayang kita sampai dan pulang ke pangkuan keluarga tersayang. Volvo membawa harapan yang sama, iaitu memastikan sesiapa sahaja di sekeliling kita dilindungi ke mana jua mereka pergi, agar mereka dapat terus menikmati detik-detik berharga dalam hidup. Kami mahu menjadi sebahagian daripada detik yang paling bermakna itu: perjalanan pulang anda ke rumah,” tambah Yaw.
Ketahui nilai sebenar di sebalik keselamatan anda!
Kalkulator Selamat kini boleh diakses secara dalam talian di [SINI].
Volvo turut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menilai semula erti dan nilai setiap perjalanan pulang ke rumah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Selamat Driving Experience, sila layari di [SINI] atau ikuti Volvo Malaysia di Facebook dan Instagram.
