Volvo Car Malaysia tawar jualan rangkaian model Pure Electric menerusi platform e-dagang

Cars
23 May 2023 • 10:25 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Volvo Car Malaysia tawar jualan rangkaian model Pure Electric menerusi platform e-dagang

zulfadli

23/05/2023 - 10:25

KUALA LUMPUR 23 Mei - Selepas kejayaan pelancaran platform jualan dalam talian, Volvo Car Malaysia meneruskan inisiatif mereka untuk menjual kereta dengan menawarkan rangkaian penuh model 'Pure Electric' kepada para pelanggan mereka.

Platform tersebut membolehkan para pelanggan Volvo untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lancar melalui beberapa ciri utama.

Antaranya, pelanggan kini boleh berurusan terus dengan Volvo Car Malaysia melalui platform jualan dalam talian, yang mana membolehkan pelanggan membuat pembelian kereta Volvo melalui kaedah pembayaran yang selamat.

Melalui platform tersebut, pelanggan yang berminat dapat melihat ketersediaan stok dan harga dengan lebih jelas serta memberikan pelanggan pengalaman pemesanan kereta Volvo yang selamat dan mudah.

Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Charles Frump berkata, sejak pengenalan platform jualan dalam talian, perjalanan pelanggan untuk membeli sebuah kereta Volvo telah menjadi lebih baik.

"Ia juga dibantu ketelusan dan ketersediaan stok kereta kami.

"Setakat hari ini, platform ini telah menyediakan rangkaian penuh model Pure Electric, dan kami merancang untuk mengintegrasikan lebih banyak lagi model kereta Volvo di platform tersebut tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Kemas kini platform tersebut juga menandakan hasrat Volvo Car Malaysia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penggerak utama segmen e-mewah.

Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric kini tersedia melalui platform e-dagang tersebut, membolehkan para pelanggan untuk membuat tempahan dan pembayaran secara terus kepada Volvo Car Malaysia melalui laman web rasmi syarikat tersebut di www.volvocars.com/my.

image is not available

Bermula 1 Mei sehingga 30 Jun 2023, Volvo Car Malaysia juga telah mengumumkan siri promosi untuk kesemua model kereta mereka.

Pelanggan yang mendaftarkan kereta Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric ketika tempoh ini, bakal menikmati baucar pengecas dinding (wallbox) bernilai RM7,000 dan Insuran Volvo Car untuk tahun pertama secara percuma.

Para pelanggan yang berminat boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web Volvo Car Malaysia atau dengan menghubungi mana-mana penjual Volvo yang berdaftar untuk merasai sendiri pengalaman memandu Volvo C40 Recharge Pure Electric dan Volvo XC40 Recharge Pure Electric.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG. - DagangNews.com