Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Cars
15 May 2026 • 11:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Tahukah anda tali pinggang keledar yang ada dalam majoriti kereta adalah milik kepada sebuah jenama kereta dari Sweden?

Walaupun rekaan ini dipatenkan tetapi jenama ini tidak pernah menuntut apa-apa royalti kerana ini sebagai hadiah dari Volvo untuk dunia.

Volvo Cipta Seat Belt

Tali pinggang keledar keselamatan tiga titik moden telah disempurnakan oleh jurutera Volvo, Nils Bohlin pada tahun 1959 dan patennya telah diberikan secara percuma kepada dunia.

Image from: Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Ciptaan ini diiktiraf telah menyelamatkan sekurang-kurangnya satu juta nyawa di seluruh dunia.

Inovasi Terpenting: Tali Pinggang Keledar

Inovasi Volvo yang mungkin paling penting ialah tali pinggang keledar.

Tali pinggang keledar kenderaan telah digunakan dalam pelbagai bentuk sejak pertengahan abad ke-19.

Versi awal, seperti tali pinggang riba yang membantu memastikan penumpang selamat, namun sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan.

Image from: Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Kemudian, pada tahun 1950-an, satu prototaip tali pinggang keselamatan baharu telah dipersembahkan kepada Volvo.

Ia diserahkan kepada jurutera Nils Bohlin yang kemudian beliau menyempurnakan rekaan tersebut dan tidak lama selepas itu, tali pinggang keledar tiga poin menjadi standard dalam semua kereta Volvo. Namun, itu hanyalah permulaan.

Baca juga:

Dari Volvo Untuk Dunia

Versi tali pinggang keledar Bohlin adalah paten yang sesuai dari segi fisiologi, menghalang badan orang yang diikat daripada terhumban ke hadapan.

Ia juga telah dihadiahkan kepada seluruh industri automotif, dan seterusnya kepada dunia untuk digunakan tanpa sebarang bayaran atau tuntutan royalti.

Kini, anda boleh menemuinya dalam majoriti kenderaan, lama mahupun baharu, tanpa mengira pengeluar, dan penggunaannya telah termaktub dalam undang-undang di seluruh dunia.

Image from: Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Visi jangka panjang Volvo untuk mengurangkan kadar kemalangan melibatkan kenderaan Volvo kepada sifar membimbing syarikat itu ke arah masa hadapan, dengan pelbagai keutamaan keselamatan baharu yang perlu ditangani.

Terutamanya apabila melibatkan teknologi rintis seperti kenderaan swapandu mungkinkah kenderaan paling selamat di masa hadapan tidak memerlukan tali pinggang keledar langsung?

Sama ada memakai tali pinggang keledar atau tidak, satu perkara yang pasti, keselamatan dahulu, kini, dan selamanya akan menjadi keutamaan nombor satu Volvo.

Program SELAMAT

Begitulah program SELAMAT Driving Experience yang dianjurkan Volvo Malaysia di Pusat Pengalaman Memandu, SIC bermula 16 dan 17 Mei 2026.

Dalam program SELAMAT ini Volvo beri peluang kepada orang ramai merasai empat ciri keselamatan majoriti model Volvo.

Empat stesen yang ada adalah, Brake, Steer and Avoid, Emergency Lane Change, Skid Control dan Handling Corners.

Brake, Steer and Avoid

Image from: Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Stesen ini akan memberikan pengalaman merasai sistem Anti-Lock Braking System (ABS) kereta Volvo.

Peserta akan memandu dengan kelajuan 50-60km/j dan ketika memasuki kawasan kon, peserta perlu memijak brek sekuat mungkin dan sambil elak halangan di hadapan.

Kawalan stereng dengan kedudukan tangan pukul 3 dan 9 adalah sangat penting kerana peserta perlu memutar stereng pada 180 darjah.

Emergency Lane Change

Image from: Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Di stesen ini, peserta akan memandu pada kelajuan maksimum 60km/j sebelum perlu mengelak kon yang diletakkan ke bahagian kiri atau kanan serta tekan brek serta-merta.

Peserta bakal merasai betapa cepatnya jentera Volvo boleh bertindak mengelak halangan dan kekal stabil dengan kawalan stereng yang betul.

Skid Control

Image from: Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Untuk stesen ini, peserta akan melalui platform khas yang akan menyebabkan kereta seakan tergelincir dan disini Electronic Stability Control diuji.

Kereta akan tergelincir ke arah kiri atau kanan dan peserta perlu menstabilkan kenderaan dengan bantuan ESC.

Handling Corners

Image from: Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

Stesen ini lebih santai apabila peserta bakal menguji kenikmatan handling Volvo di beberapa selekoh tajam.

Peserta bakal merasai ride and handling yang berkualiti setanding dengan jenama seperti Volvo.

Sudah pasti kesemua aktiviti ini bakal diawasi oleh krew-krew yang berpengalaman dan diiktiraf dalam mengawasi aktiviti dalam litar.

Keselamatan peserta menjadi keutamaan Volvo Malaysia.

Untuk sertai aktiviti ini, bayaran yang dikenakan bagi pemilik Volvo hanya RM150 dan bukan pemilik Volvo RM300. Peserta kedua hanya perlu tambah RM100 sahaja.

Maklumat lanjut layari laman web Volvo Malaysia.

Image from: Volvo Cipta Seat Belt Untuk Dunia

View Original Article