Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

TechnologyCars
27 Feb 2026 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026. Jentera kompak ini kini lebih praktikal dengan penambahan pelbagai ciri baharu. Volvo turut memperkenalkan varian baharu yang lebih mampu milik. 

Varian Mampu Milik EX30 Diperkenalkanimage is not available

Volvo telah memperkenalkan varian dengan sistem trenkuasa asas yang lebih mampu milik. Berbeza dengan versi sedia ada, varian baharu ini diberikan talaan kuasa 148 hp (110 kW) dengan tork 343 Nm.

Pilihan bateri untuk varian ini terbahagi kepada dua:

Bateri 51 kWj: Jarak gerak sehingga 339 km (WLTP).Bateri 69 kWj: Jarak gerak lebih jauh sehingga 476 km (WLTP).

Menariknya, varian spesifikasi rendah ini sudah lama dijual di Singapura iaitu sejak pertengahan 2025 lagi. Volvo sengaja mengolah kuasa enjin ini supaya memenuhi syarat Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) Kategori A yang lebih murah, sekaligus membolehkan peminat di sana memiliki Volvo pada harga yang lebih kompetitif.

Rombakan Pengalaman Pengguna image is not available

Untuk model 2026, sistem skrin sentuh EX30 telah menerima rombakan pengalaman pengguna atau User Experience (UX) sepenuhnya. Kini, ia dilengkapi bar kandungan yang boleh diubah suai mengikut citarasa serta butang kawalan pintar yang muncul mengikut konteks pemanduan.

Menariknya, Volvo mengesahkan bahawa kemas kini UX baharu ini akan diberikan secara dalam talian (OTA) menjelang pertengahan tahun ini. 

Kemampuan Cas Peranti Elektrik 

Satu lagi ciri killer yang ditambah adalah fungsi kenderaan kepada beban (vehicle-to-load, V2L). Ini bermakna EX30 kini boleh menjadi ‘powerbank’ gergasi untuk menghidupkan peralatan elektrik seperti mesin kopi atau perkakas perkhemahan. 

Dua Tema Kabin Baharu image is not available

Bagi mereka yang mementingkan gaya dan kelestarian, Volvo memperkenalkan dua tema ruang dalaman baharu:

Harvest: Menggunakan tekstil kitar semula berwarna cerah dengan padanan bahan Nordico yang diperbuat daripada botol plastik PET. Black: Pilihan menarik bagi peminat gaya misteri dan sofistikated. Ruang kabin ini didominasi oleh warna hitam pekat, diserikan dengan kemasan dekorasi dark flax yang memberikan tekstur eksklusif serta aura mewah. 

Selain itu, varian Black Edition turut diperkenalkan dengan tiga pilihan warna luaran eksklusif iaitu Onyx Black, Vapour Grey dan Crystal White.

Volvo EX30 Sedia Ada Di Malaysia

image is not availableimage is not available

Majlis pelancaran Volvo EX30 di Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Volvo EX30 versi pemasangan tempatan (CKD) kekal dengan versi berprestasi tinggi. Buat masa ini, tempahan masih dibuka untuk dua varian ini:

Ultra: RWD, 268 hp, 343 Nm, Dari RM208,888Ultra Twin Performance: AWD, 422 hp, 543 Nm, Dari RM228,888
View Original Article