VPCM Kemas Kini Harga Baharu Untuk Touareg R-Line CKD, Harga Tak Sampai RM400K

LocalCars
3 Jan 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan Touareg R-Line versi pemasangan tempatan kini ditawarkan pada harga bermula dari RM382,690 namun harga itu tidak termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP).

Untuk makluman, sebelum ini, Touareg R-Line dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM469,990.

image is not availableimage is not available

Bagaimanapun, VPCM kini menawarkan harga baharu itu disebabkan hasil maklum balas dan perkembangan positif dalam operasi Volkswagen di peringkat tempatan,

Bagi yang tidak tahu, Touareg R-Line dikenali sebagai peneraju kerana teknologinya yang canggih serta ciri-ciri keselamatan bantuan pemandu termaju, selain reka bentuknya yang garang dan keupayaan prestasi luar biasa.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin turbo V6 pengecas turbo 3.0liter yang mampu menjana kuasa 340PS dan tork 450Nm.

Kuasa disalurkan kepada semua roda (AWD) melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan dan sistem pintar 4MOTION. Menggunakan sistem ini membolehkan pemandu memilih mod yang bersesuaian dengan jenis permukaan jalan.

image is not available

Antara ciri lain yang didapati pada model ini ialah termasuklah suspensi udara yang boleh dilaras sendiri

secara automatik dan sistem bunyi Dynaudio bersama amplifikasi 730 watts.

Ia juga hadir dengan rangkaian sistem keselamatan IQ.Drive yang merangkumi ciri Night Vision bagi memastikan pengalaman pemanduan yang mewah, selesa, luas dan selamat.

Touareg R-Line boleh didapati bersama Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) dengan kos tambahan sebanyak RM17,300.

Dengan VAP, para pemilik akan disokong oleh servis penyelenggaraan komprehensif, jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Untuk keterangan lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

View Original Article