VPN Google One Kini Boleh Digunakan Di Windows Dan Mac – Tetapi Terhad Di Negara Terpilih

TechnologyDigital
10 Nov 2022 • 9:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google One adalah perkhidmatan langganan storan awan Google yang memberikan storan tambahan pada Google Drive, akses kepada ciri suntingan lebih baik melalui Google Photos, pelbagai ganjaran dan untuk negara terpilih akses kepada VPN untuk melindungi data pengguna ketika berada di atas talian.

image is not available

VPN pada Google One hanya boleh diakses jika pelanggan melanggan kuota storan 2TB atau menggunakan peranti Pixel 7. Selama kini, akses kepada VPN ini terhad pada peranti Android dan iOS sahaja. Kini Google ingin mengembangkan lagi penawaran ini melalui penggunaan pada Windows dan Mac pula.

image is not available

VPN pada Google One ini menawarkan penyulitan trafik dan mempunyai sistem yang menyemak aktiviti pengguna agar ia seimbang dan tidak ada penggodam atau laman web cuba mencuri data tanpa kebenaran. Pelanggan juga boleh berkongsi akaun sehingga lima orang dengan satu langganan.

Tetapi sama seperti sebelum ini, akses VPN ini terhad di negara terpilih sahaja. Buat masa ini hanya ada 22 negara sahaja;

  • Austria
  • Australia
  • Belgium
  • Kanada
  • Denmark
  • Finland
  • Perancis
  • Jerman
  • Iceland
  • Ireland
  • Itali
  • Jepun
  • Mexico
  • Netherlands
  • Norway
  • Korea Selatan
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Switzerland
  • Taiwan
  • UK
  • AS