VR PICO 4 lebih mengujakan, kalau cepat boleh dapat 4 permainan secara percuma!

Digital
23 Oct 2022 • 8:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
pico 4 VR

PENGELUAR jenama realiti maya (VR) terkemuka dunia, PICO melancarkan model set kepala VR terbaharu, PICO 4 yang lebih minimalis dan berteknologi tinggi.

Pengarah Serantau PICO Asia Tenggara, Allen An berkata, pengenalan fitur tersebut membolehkan pengguna menikmati keselesaan pada tahap tertinggi dengan rekaan lebih ringan.

“Gambar akan jadi lebih berkualiti dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon XR2 dengan teknologi proses 7nm. Selain itu, ia diperkemaskan dengan paparan 4K + 90Hz dengan ciri pandangan bersudut ultra lebar 105 darjah.

“Ciri yang dipertingkatkan tersebut diyakini dapat memenuhi kehendak pasaran VR di Asia Pasifik seiring trend pertumbuhan lebih 20 peratus dalam jangka tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Allen menambah, pihaknya juga mengharapkan sambutan luar biasa para peminat sempena pelancaran set kepala VR serba lengkap yang pertama diperkenalkan secara rasmi di pasaran tempatan.

Demi memberi pengalaman yang lebih menyeronokkan, PICO 4 dilengkapi keupayaan ruang 6DoF dan respons haptik yang realistik oleh unit kawalan getaran HyperSense.

image is not available

Berikut spesifikasi tambahan PICO 4:

  1. Dilengkapi sistem penjejakan deria 6DoF.
  2. Sambungan tanpa wayar jenis bluetooth.
  3. Audio dwimikrofon dan pembesar suara berdefinisi tinggi.
  4. Kapasiti bateri 5300mAh dan 20W pengecasan pantas.

image is not available

PICO 4 yang tersedia dalam varian 128GB dan 256GB tersebut dijual pada harga bermula RM1,699 dan RM1,999 di lokasi seperti di Impulse Gaming, Thunder Match dan Urban Republic.

Pembelian boleh dibuat di kedai e-dagang rasmi PICO di Shopee dan Lazada termasuk di TikTok Shop.

Untuk merancakkan kempen jualan yang berlangsung hingga Januari tahun depan, PICO juga akan menawarkan empat permainan percuma seperti All-in-One Sports VR, Down The Rabbit Hole, OhShape dan After The Fall.

image is not available

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.picoxr.com/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi