Anwar kesal penyokong PKR hilang pertimbangan

Politics
1 Mar 2020 • 10:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekesalannya terhadap kekecohan yang berlaku di luar Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi di mana Naib Presiden, Tian Chua diserang segelintir penyokong parti.

"Saya amat kesal bila di pejabat Keadilan ada penyokong hilang pertimbangan dan menyerang orang.

Kalau benar penyokong tegar, mesti ada akhlak dan kawal disiplin. Jangan caci maki dan jangan fitnah kerana ia bertentangan prinsip akhlak," katanya dalam Majlis Zikir, Selawat Nuril, di kediamannya di sini malam ini.

Anwar berkata, penyokong tidak berhak untuk bertindak sedemikian meskipun segelintir pemimpin parti itu mempunyai pendapat berbeza.

Anwar turut menjelaskan, beliau tiada pilihan tetapi menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan lembaga disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

Petang tadi, berpuluh penyokong parti mengamuk, menghambur kata-kata kesat termasuk 'anjing' dan 'pengkhianat' terhadap Tian Chua selain membaling botol air dan menamparnya ketika beliau hendak memasuki kenderaan.

Turut dihambur dengan kata-kata kesat ialah bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr Afif Bahardin. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] Mesyuarat PKR kecoh, Tian Chua ditampar penyokong parti

Serangan terhadap Tian Chua cermin budaya gengster PKR: Azmin


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved