VW Golf GTI Sepang Edition Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM262,990

LocalCars
8 Oct 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

VW Golf GTI Sepang Edition 2025

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan edisi istimewa bagi Volkswagen Golf GTI. Model edisi terhad yang dinamakan sebagai VW Golf GTI Sepang Edition 2025 ini hanya ditawarkan secara eksklusif di Malaysia.

Edisi Khas Litar Sepang

image is not available

VW Golf GTI Sepang Edition dikeluarkan dalam jumlah unit terhad.

Model ini diberi nama Sepang Edition sempena litar ikonik, Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), dan ia merupakan kereta pertama di Malaysia yang memaparkan lambang rasmi SIC.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif, Golf GTI Sepang Edition ialah simbol kebanggaan sukan permotoran Malaysia yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler pula berkata “Melalui Edisi Khas ini, kami mengangkat warisan permotoran Malaysia yang penuh dengan sejarah serta memberi peluang kepada peminat untuk memiliki sebahagian daripada semangat sukan permotoran negara, sebuah kereta yang diilhamkan dari litar untuk kegunaan jalan raya.”

Spesifikasi Mekanikal Tiada Perubahan

Dari segi mekanikal, Golf GTI Sepang Edition masih mengekalkan enjin petrol turbo 2.0 liter TSI empat silinder dengan transmisi automatik DSG 7-kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkan ialah 242 hp dan tork mencecah 370 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.3 saat, sama seperti model standard.

Reka Bentuk Eksklusif

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Pelbagai elemen istimewa terserlah pada badan jentera Edisi Terhad ini.

Sebagai sebuah versi istimewa, sudah tentunya ia mempamerkan sentuhan eksklusif yang jelas. Model yang ditawarkan dalam warna unik Atlantic Blue dan Kings Red ini turut hadir dengan logo ‘Sepang Edition’ pada tiang B dan pintu but belakang.

Dari sudut tepi, terdapat jalur perlumbaan pada kedua-dua pintu. Selain itu, model ini juga tampil menggunakan rim aloi 18 inci Richmond berwarna Gunmetal Grey Matte. Setiap inci diberikan perhatian, kerana logo GTI bukan hanya diletakkan pada bahagian tengah roda tetapi juga pada penutup injap tayar.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Bahagian bumbung, splitter hadapan, diffuser belakang dan skirt sisi dicat hitam untuk menyerlahkan lagi aura sporty.

image is not availableimage is not available

Ruang kabin turut diberikan sentuhan eksklusif dengan kehadiran set kamera papan pemuka khas (kiri) dan karpet GTI (kanan)

Ciri menarik lain adalah termasuk sistem kamera papan pemuka depan dan belakang VW UTR 2.0, cermin gelap VW yang asli, serta pemegang kunci eksklusif lengkap dengan sijil keaslian.

Harga Jualan VW Golf GTI Sepang Edition 2025

image is not available

Model Edisi Terhad ini ditawarkan pada harga RM262,990 termasuk VAP

Walaupun jumlah unit yang dikeluarkan tidak dinyatakan secara rasmi, model ini dijangka dikeluarkan dalam jumlah terhad pada harga RM262,990. Harga yang diumumkan ini adalah sekitar RM10,000 lebih mahal daripada Golf GTI versi standard yang dijual pada RM252,990.

Harga ini sudah termasuk pakej perlindungan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang menawarkan pelan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, waranti tanpa had jarak perbatuan selama 5 tahun, serta bantuan tepi jalan.

Promosi Jualan 10.10

VPCM turut mengambil kesempatan memperkenalkan Golf GTI Sepang Edition dalam promosi jualan 10.10 yang pertama kali diadakan. Melalui promosi ini, pelanggan yang mendaftar pembelian 10 unit terawal bermula 9 hingga 16 Oktober ini berpeluang menikmati kadar faedah pinjaman 0% selama 10 bulan.