“Wad Kanak-kanak Tengah Penuh Dengan Penyakit Simptom ILI…”, Ibu Ayah, Awasi Anak Anda Daripada Simptom Ini

Health & Fitness
13 Jul 2022 • 6:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Baru-baru ini, wad kanak-kanak di hospital didakwa sedang ‘dipenuhi’ dengan pesakit mengalami simptom Influenza Like Ilness (ILI).

Kanak-kanak merupakan antara golongan paling berisiko dalam terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan penyakit, ekoran mereka sedang berada dalam fasa ‘meneroka’ perkara-perkara baharu dalam hidup sewaktu membesar.

Dalam fasa tumbesaran, tidak hairan jika mereka sering menyentuh dan melihat pelbagai benda dalam aktiviti harian mereka. Namun perkara sedemikian membuatkan mereka terkena jangkitan kuman dengan mudah terutamanya ILI.

Persoalannya, apa itu ILI? Sehubungan itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikut perkongsian yang dibawakan oleh Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi di laman Twitter miliknya seperti di bawah.

Simptom Penyakit (Influenza Like Illness)

Wad kanak-kanak di hospital kerajaan atau swasta tengah penuh dengan penyakit simptom ILI ( influenza like illness). Mostly datang dengan penyakit akut pernafasan seperti pneumonia, bronchiolitis, viral induced wheeze, asthma attack ataupun demam sakit tekak dengan kekeringan(dehydrated).

Kebanyakan kanak-kanak mendapat penyakit pernafasan akut disebabkan virus influenza ataupun RSV.

Virus influenza ni ada vaksin dan mampu dibayar oleh rakyat. RSV virus ada vaksin tapi tersangatlah mahal harganya.

Apa itu influenza?

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Simptoms atau gejala influenza

Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit badan, sukar bernafas, cirit birit dan sakit perut (khususnya di kalangan kanak-kanak).

image is not available
Gambar: Twitter Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

Bagaimana Cara Penularan Influenza?

Ia merebak melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada sesiapa yang memegang permukaan sebab tu kena ada etika bersin.

image is not available
Gambar: Twitter Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

image is not available
Gambar: Twitter Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

Golongan berisiko tinggi

Antara golongan berisiko tinggi termasuklah kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, wanita hamil, warga emas berumur 65 tahun ke atas, individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain), individu obes dan individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti kanser, HIV).

image is not available
Gambar: Twitter Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

image is not available

Cara mencegah dengan setiap tahun vaksinasi diri anda serta anak-anak anda.

image is not available
Gambar: Twitter Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

image is not available
Gambar: Twitter Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

Rawatan yang khusus bagi Influenza?

Ada dengn menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.