Wadar penjara mati mengejut dalam kereta

3 Jan 2024 • 4:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Seorang wadar Jabatan Penjara Pengkalan Chepa ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta berhadapan deretan kedai Pasar Cabang 3, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu pada 10.17 malam mengenai seorang lelaki berusia 45 tahun tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan.

“Pihak kesihatan yang hadir ke lokasi mengesahkan kematian mangsa pada 10.30 malam dan dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tujuan bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah saluran darah jantung tersumbat,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati. -Bernama