Wah, pelajar boleh menang sehingga RM5,000 di Minggu Sains Negara!

30 May 2022 • 3:00 PM MYT
Soscili
Soscili

Sumber berita Malaysia yang kurang boring & lebih happening!

image is not available

Korang dulu masa zaman sekolah pernah tak masuk pertandingan sains… macam buat eksperimen, reka cipta produk dan sebagainya? Pengalaman macam tu memang best!

image is not available

Best kan bila ingat balik zaman sekolah…

Tapi tu la, budak sekolah sekarang jarang merasa pengalaman tu memandangkan mereka sebelum ni belajar secara online je. Jangan risau, peluang tu ada sebab Minggu Sains Negara (MSN) kembali lagi dengan banyak aktiviti, pertandingan dan juga hadiah yang boleh dimenangi!

Walaupun namanya “Minggu” Sains Negara, program tahun ni akan berlangsung secara maya dari bulan April hingga Oktober 2022. Wah lama tu! Jadi ada apa yang menarik ye?

Pameran maya yang dianjurkan oleh agensi STEM seperti Pusat Sains Negara dan Agensi Angkasa Malaysia

image is not available

Imej dari MSN.

Minggu Sains Negara tahun ni mempunyai pelbagai pameran maya yang dianjurkan oleh agensi-agensi STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) ternama, dengan topik-topik menarik seperti nanoteknologi, ilmu angkasa, malah tenaga nuklear. Jadi, siapa yang pasang niat nak jadi angkasawan atau saintis mesti kena join la.

Macam yang kami sebut tadi, MSN tahun ini akan berlangsung selama 7 bulan, dan setiap bulan mempunyai tema berbeza:

  • April – Kesihatan Planet.
  • Mei – Kimia dan Bioteknologi.
  • Jun – Kegunaan Aman Nuklear.
  • Julai – Inovasi Sosial.
  • Ogos – Kejuruteraan.
  • September – Nanoteknologi.
  • Oktober – Angkasa.

Pameran-pameran ni merangkumi banyak aktiviti menarik seperti bengkel, forum dan juga sesi e-gaming yang korang boleh sertai. Aktiviti-aktiviti ni akan bersiaran langsung (omputeh kata live), jadi pastikan korang semak pameran mana yang korang minat dan letakkan reminder dalam kalendar siap-siap.

image is not available

Buka laman web MSN, lepas tu pergi bahagian ‘Auditorium’ kalau nak tengok aktiviti setiap bulan. Imej dari MSN.

Andai kata korang terlepas sesi live tu, jangan risau sebab semuanya akan dirakam. Jadi, korang boleh tengok balik sesi-sesi tu di laman web MSN atau di YouTube.

Eh, tadi kitorang cakap boleh menang duit kan? Macam mana tu?

Boleh menang hadiah dan sijil melalui pertandingan-pertandingan ni

image is not available

Mantap Pak Abu, banyak betul pertandingan.

Benda paling best dalam Minggu Sains Negara ni ialah pertandingan-pertandingan bertemakan STEM di mana korang boleh menang hadiah wang tunai, tak pun dapat sijil penyertaan. Tambahan pula, ada juga pertandingan yang memberikan korang peluang untuk bertanding di peringkat antarabangsa, contohnya Pertandingan Kibo Robot Programming Challenge ni.

Kebanyakan pertandingan ni terbuka kepada pelajar, tapi ada juga pertandingan tertentu yang terbuka kepada orang ramai. Antara pertandingan yang dijalankan termasuk pertandingan video pendek, cabaran inovasi dan pertandingan membuat infografik.

Korang boleh klik poster-poster di bawah kalau nak tahu info lanjut tentang pertandingan yang boleh disertai berdasarkan kategori korang:

Kategori: Pelajar Sekolah Rendah & Menengah

image is not available image is not available image is not availableimage is not availableimage is not available

image is not available

*Yang MyMARS ni untuk sekolah rendah saja!*

Kategori: Pelajar Sekolah Menengah

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Kategori: Pelajar Pra-Universiti dan Institut Pengajian Tinggi

Kategori: Terbuka untuk semua

image is not available image is not available image is not available

MSN juga akan update pertandingan baru di laman web diorang. Sambil kitorang tulis artikel ni pun, ada beberapa pertandingan baru yang dimasukkan. Jadi pastikan korang log masuk sekali-sekala supaya tak terlepas ye.

Kalau korang berminat, bolehlah…

Daftar di laman web MSN! Semuanya percuma je

Minggu Sains Negara ni PERCUMA dan terbuka kepada semua orang. Kalau korang bukan pelajar sekalipun, masih dialu-alukan untuk melihat semua pameran serta mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan tertentu ye. Tambahan pula, MSN juga ada sediakan hadiah misteri untuk individu, sekolah, dan negeri dengan penyertaan terbanyak!

image is not availableimage is not availableimage is not available

Jadi tunggu apa lagi, ajaklah kawan-kawan, cikgu-cikgu, anak-anak dan jiran-jiran korang sertai Minggu Sains Negara. Kalau korang nak daftar ataupun nak tahu lebih lanjut tentang Minggu Sains Negara, boleh pergi ke laman web https://minggusainsnegara.com/.

image is not available

Imej dari MSN.