Wahab Trauma & Tertekan, Buat Laporan Polis Mahu Bersihkan Nama

30 Nov 2023 • 9:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani memaklumkan yang dia kini tertekan dan trauma atas apa yang telah berlaku sebelum ini.

Mahu bersihkan nama

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, Wahab telah menemui media buat kali pertama setelah sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di Bangi pada 17 November 2023 kelmarin dengan menjawab soalan para wartawan secara ringkas.

“Saya tertekan dan trauma. Saya nak bersihkan nama dan tuntut keadilan,” ujarnya.

image is not available

Kredit: Utusan Malaysia

Wahab trauma, tak pasti status di J-KOM

Dia yang bertemu media bersama peguamnya Faizal Abd Rahman baru selesai memberikan keterangan selama lima jam di Ibu Pejabat Daerah Kajang.

Dalam pada itu, Wahab juga memaklumkan yang dia tidak pasti statusnya di dalam J-KOM buat masa ini selepas kejadian penularan perbualan video bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

“Saya tak pasti lagi status jawatan di sana (J-KOM),” katanya.

image is not available

Kredit: Malaysia Gazette

Wahab mengaku jadi kambing hitam hingga trauma

Wahab yang membuat laporan polis bagi membersihkan namanya telah viral sebelum ini apabila video perbualan berunsurkan lucah yang berdurasi tiga minit bersama Mohammad Agus tersebar di media sosial.

Susulan daripada itu, Mohammad Agus telah meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Pengarah J-KOM dan menafikan sekerasnya berkenaan perbualan video tersebut.

Kredit: Harian Metro

Beliau mendakwa bahawa rakaman terbabit telah disunting individu tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya.

Manakala, Wahab yang turut berada dalam sidang media terbabit menyatakan yang dirinya menjadi ‘kambing hitam’ seseorang dikenali sebagai Mr. H untuk menjatuhkan Mohammad Agus.

Sumber: Malaysia Gazette (Kumara Sabapatty)