“Wahai Founder Produk Berhenti Jadikan Kaabah Sebagai Alat Marketing”- PU Rahmat Ikhsan

31 Oct 2022 • 11:36 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Menjejakkan kaki ke Kota Suci Mekah merupakan impian bagi setiap Muslim. Perasaan tenang menunaikan ibadah di sana tak dapat digambarkan oleh kata-kata.

Namun, ada juga yang sempat buat promosi produk dengan mengambil gambar barang jualan mereka ketika di hadapan Kaabah.

Perkara ini telah mendapat respon pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan. Menerusi satu hantaran di Facebook, PU Rahmat menegur tindakan pengasas kosmetik yang bawa produk ke kawasan Masjidil Haram.

image is not available

image is not available

Pendakwah ini memohon pengasas kosmetik tak jadikan Kaabah sebagai bahan marketing atau alat dagangan.

Perkongsian pendakwah ini telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat lebih 1,000 shares dan 400 komen netizen.

image is not available

Rata-rata menyokong PU Rahmat dan berharap pengasas kosmetik ini dapat menerima teguran dengan baik memandangkan dia membawa imej berpurdah.

Kredit: Facebook Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.