Wahed Ventures Diperkenalkan Di Malaysia – Perkhidmatan Pelaburan Biayasama Patuh Syariah

TechnologyDigital
7 Aug 2024 • 1:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wahed Invest sedia menawarkan perkhidmatan pelaburan berasaskan robo dan patuh syariah sejak beberapa tahun. Terbaru, Wahed Invest menambah sebuah ciri baharu pada platform mereka, dinamakan Wahed Ventures.

image is not available

Wahed Ventures merupakan perkhidmatan pelaburan biayasama patuh syariah – membolehkan orang ramai melabur dan mempunyai pegangan pada syarikat-syarikat tempatan, terutamanya berbentuk startup atau syarikat pemula.

Syarikat pertama yang disenaraikan pada Wahed Ventures adalah Carpedia – iaitu sebuah syarikat yang memfokuskan kepada penawaran kerja gig melaluinya, Carpedia menyasarkan untuk mengumpulkan dana sebanyak RM750,000 melalui Wahed Ventures yang menawarkan ekuiti 6.98%, menilaikan syarikat berkenaan sekitar RM10 juta.

Seperti ramai sedia maklum, pelaburan dalam bentuk biayasama adalah berisiko tinggi, dan kadangkala tidak memberikan sebarang pulangan apabila syarikat berkenaan tidak berjaya menjana keuntungan, atau mengambil langkah menutup syarikat. 

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Wahed Ventures melalui aplikasi Wahed sedia ada. Pengguna akan perlu melalui proses semakan dan menjawab beberapa soalan sebelum dapat meneruskan ke pelaburan Wahed Ventures.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved