“Wajah Mengatasi Usia” – Netizen Kondem ‘Makeup’ Anak Che Ta

14 Nov 2022 • 12:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta telah memuat naik beberapa posting di Instagram memaklumkan terdapat sambutan ulang tahun kelahiran bagi anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.

Sambutan ulang tahun itu telah diadakan di sebuah tempat di Shah Alam dan disambut meriah apabila Che Ta sendiri telah menyediakan sebanyak lapan biji kek yang memberi simbol kepada ulang tahun kelapan Aaisyah.

Reaksi netizen

image is not available

Menjengah ke ruang komen, ada yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada anak kecil Che Ta itu. Namun, tidak dinafikan ada juga yang memberi komen bahawa makeup Aaisyah terlalu tebal dan menyebabkan dia nampak lebih matang berbanding usia.

image is not available

Tak kesah la makeup tebal atau tidak, yang penting kami nampak kek Aaisyah nampak sedap huhu.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media