Wajah saya terlalu ‘romeo’ untuk filem aksi – Shahz Jaszle

LocalEntertainment
20 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wajah saya terlalu ‘romeo’ untuk filem aksi – Shahz Jaszle

KUALA LUMPUR: Sudah lama membawa imej lelaki romantik menerusi pelbagai naskhah cinta, pelakon, Shahz Jaszle mengakui teringin keluar daripada kepompong tersebut dengan mencuba nasib dalam genre aksi.

Menurut Shahz atau Muhammad Shahrizal Jaszle Jasmin, 38 , wajahnya yang disifatkan terlalu ‘romeo’ menjadi antara sebab dia masih belum diberikan peluang membuktikan kemampuan dalam genre berkenaan.

“Teringin sangat hendak berlakon cerita aksi. Saya pernah beritahu pengurus yang saya mahu mencubanya sebab mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri iaitu silat dan Muay Thai.

“Cuma sehingga sekarang belum ada rezeki. Saya pun tak tahu, mungkin muka saya tak sesuai. Pengurus saya sendiri pernah cakap, wajah saya terlalu romeo. Mungkin wajah saya tidak cukup ganas untuk filem aksi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Shahz, dia pernah menghadiri beberapa kali sesi uji bakat, namun sehingga kini masih belum menemui watak aksi yang benar-benar menjadi rezekinya.

Namun, dia tetap bersyukur apabila rezekinya untuk membintangi drama televisyen masih tidak putus biarpun masih mencari peluang untuk kembangkan kerjayanya dalam naskhah layar perak.

“Sekarang memang lebih banyak drama. Filem terbaharu yang saya buat ialah Mayang dan itu pun masih belum ditayangkan. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, perkara paling penting adalah komitmen bulanan yang perlu ditanggung.

“Jadi, saya beritahu pengurus bahawa setiap bulan saya perlu mempunyai jumlah pendapatan tertentu. Jadi, dia akan carikan kerja untuk saya. Asalkan tawaran itu sesuai dan berbaloi, saya akan terima.

“Saya suka duit dan suka berbelanja. Jadi, saya memang minta pengurus penuhkan jadual. Sampaikan ada yang bertanya saya tidak penat ke berkejar dari satu penggambaran ke penggambaran lain?,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahz bakal muncul menerusi drama Slot Samarinda TV3 Sepenuh Hati Rindu gandingan bersama Farah Nabilah.

The post Wajah saya terlalu ‘romeo’ untuk filem aksi – Shahz Jaszle appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved