Wajah Tunang Tertekan? Lucinta Luna mahu Zuriat Lepas Kahwin

Entertainment
1 Aug 2023 • 1:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, selebriti Indonesia, Lucinta Luna telah mengikat tali pertunangan bersama pasangan pilihan hatinya, Arten Boltian dalam sebuah majlis yang diraikan dengan penuh kemeriahan di Pullman Private Hotel, Bali.

Khabar tersebut ternyata mengejutkan ramai memandangkan semua pihak sedia maklum dia merupakan seorang transgender namun, telah membuat keputusan yang berani dengan bertunang dengan pasangan yang sama jenis.

image is not available

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah di laman Instagramnya, dia berkongsi video bersama kekasihnya telah menjadi bualan hangat ramai.

Mana tidaknya, baru sahaja tiga hari mengikat tali pertunangan, Lucinta sudah menyimpan hasrat untuk mempunyai cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga kelak.

“Jom hasilkan zuriat selepas kita berkahwin,” ujar Lucinta menerusi kapsyen.

Keluar baby dugong ke?

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kritikan dan reaksi negatif atau permintaan luar jangkaan Lucinta yang sudah semestinya tidak akan berlaku.

Malah, ada individu yang berseloroh Lucinta bakal menerima ‘anak dugong’ memandangkan dia tidak mampu untuk hamil atau melahirkan zuriat.

Bukan itu sahaja, netizen mendakwa wajah tunang Lucinta seakan tertekan di dalam video romantik tersebut.

image is not available

image is not available image is not available

Sumber: Instagram @Lucinta Luna