Wajah-wajah Gembira Calon SPM 2021

16 Jun 2022 • 2:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Calon SPM 2021 ini melompat kegembiraan selepas memperoleh keputusan cemerlang di SMK Putrajaya Presint 11(1). - Gambar oleh Alif Omar

Hari ini, pelajar-pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021 memperoleh keputusan masing-masing selepas jam 10 pagi tadi.

Dalam pengumuman yang dibuat Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid, seramai  9,696 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Jurufoto Getaran, Alif Omar merakamkan wajah kegembiraan yang terpapar pada calon-calon SPM 2021 ketika mereka mengambil keputusan peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Putrajaya Presint 11(1).

image is not available
Kejayaan pelajar ini memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2021 turut dikongsi ibu dan bapanya di SMK Putrajaya 11(1). - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Selepas bertungkus lumus, bersengkang mata menelaah buku, akhirnya kejayaan milik dua calon SPM 2021 ini. - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Calon-calon SPM 2021 menunggu dengan penuh debaran pengumuman keputusan mereka di SMK Putrajaya 11(1). - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Tanpa guru, siapalah kita. Calon SPM 2021 ini memeluk erat gurunya selepas mengambil keputusan SPM 2021. - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Calon SPM 2021 ini dipeluk erat ibunya selepas memperoleh keputusan SPM di SMK Putrajaya Presint 11(1), hari ini. - Gambar oleh Alif Omar