‘Wajar Contohi Usaha Sarawak’, PMX Puji Sarawak Guna Tenaga Hidrogen

27 Jul 2023 • 7:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beliau memuji usaha Sarawak memperintiskan kenderaan menggunakan tenaga hidrogen serta CCUS

‘Wajar Contohi Usaha Sarawak’, PMX Puji Sarawak Guna Tenaga Hidrogen. YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke-10, telah memberikan ucapan pada majlis peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat, pagi tadi.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah memuji Sarawak atas inisiatif mereka dalam memperkenalkan tenaga hijau iaitu hidrogen.

image is not available
‘Wajar Contohi Usaha Sarawak’, PMX Puji Sarawak Guna Tenaga Hidrogen

Sarawak juga ‘dilantik’ jadi pembekal utama gas hidrogen ke Indonesia

Tenaga hijau ditakrifkan sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui menerusi hidrogen yang dihasilkan dari empat empangan hidro.

Ada beberapa ikhtiar utama yang disebutkan oleh Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau. Antara inisiatif ini termasuklah meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu, pemasangan panel solar di bangunan Kerajaan dan juga dasar perdagangan tenaga boleh baharu melalui sistem pasaran elektrik.

image is not available

Kita wajar mencontohi usaha Sarawak memperintiskan kenderaan menggunakan tenaga hidrogen serta CCUS (Carbon Capture, Utilisation & Storage).”

Kerajaan bercadang menyediakan insentif khusus bagi menggalak aktiviti pertumbuhan hijau baharu sebegini. Tenaga boleh baharu ini tidak sahaja memberikan manfaat kepada rakyat tetapi juga memberikan kesan positif terhadap alam sekitar.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: