“Wajar Untuk Saya ‘Demand’ Harga, Gaji Minimum Untuk Rakyat Juga Telah Ditetapkan RM1500” - Datuk Adi Putra

Movie
2 Aug 2022 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Adi Putra sebagai tonggak utama dalam filem Jerangkung Dalam Almari. - Gambar ihsan Instagram Bahasa_Hanief

Tahun ini merupakan tahun bertuah buat pelakon kacak, Datuk Adi Putra kerana tiga buah filemnya ditayangkan bermula dengan Mat Kilau. 

Selepas berjaya mencatat kejayaan luar biasa bersama Mat Kilau yang mengaut keuntungan mencecah RM90 juta, Adi bakal muncul pula dengan filem bergenre seram iaitu Jerangkung Dalam Almari yang akan ditayangkan bermula 4 Ogos ini.

Kemudian satu lagi filem lakonannya iaitu Air Force bakal menjengah pawagam pada bulan September.

Melihatkan deretan filemnya yang silih berganti waktu tayangan, ramai yang sudah mula bercakap tentang harga untuk mendapatkan khidmat Adi bagi membintangi karya mereka. 

Getaran berpeluang bertemu Adi sewaktu tayangan perdana filem Jerangkung Dalam Almari dan sempat bertanyakan soal harganya yang dikatakan bakal meningkat.

Menurut Adi, ‘demand’ adalah sangat penting kerana jika tiada ‘demand’, ibarat tiada arah tuju dalam kerjaya seni.

image is not available
Gambar ihsan Instagram Bahasa_Hanief

“Bila kita ‘demand’, maknanya kita sudah tahu apa yang kita mahukan. Tapi kalau kita masih nak main tarik tali, tidak ada satu ‘demand’ yang kukuh, maknanya kita masih terkapai-kapai di atas lautan,” katanya.

Katanya lagi, bukan tidak boleh runding harga, tetapi zaman sekarang semuanya lebih ‘straight to the point’. 

“ Bila ‘straight to the point’ lebih mudah. Untuk rakyat juga telah ditetapkan maharnya iaitu gaji pokok paling minimum adalah RM1500 seperti yang telah diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia. 

“Jadi jika tanya saya secara peribadi untuk saya ‘demand’ memang wajarlah. Sebab orang di luar sana juga sudah ada tanda aras untuk pendapatan mereka”, ujarnya mengakhiri perbualan. – Getaran, 2 Ogos 2022

image is not available
Gambar ihsan Instagram Bahasa_Hanief

View Original Article