Wajib Baca, Ini 6 Cara Bangkit Daripada Perceraian, Bersosiallah!

4 Sep 2022 • 9:58 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Biarpun pahit untuk diharungi, mereka yang berada di dalam situasi ini perlu tabah untuk menghadapinya, lebih-lebih lagi jika itu jalan terbaik daripada terus-terusan menyeksa diri - Gambar Hiasan

Perceraian adalah jalan terakhir bagi pasangan suami isteri yang sudah tidak sehaluan. Biarpun pahit untuk diharungi, mereka yang berada di dalam situasi ini perlu tabah untuk menghadapinya. Lebih-lebih lagi jika itu jalan terbaik daripada terus-terusan menyeksa diri. 

Jika hal ini telah terjadi pada anda, apa yang perlu anda lakukan ialah terus melihat ke hadapan. Berfikiran positif dan ingat, hidup perlu diteruskan. Siapa tahu, saat bahagia menanti di hadapan.

Berikut 6 cara untuk bangkit semula selepas bercerai dengan pasangan:

 

1) Tetap berhubungan dengan bekas pasangan

image is not available
Gambar Hiasan

Biarpun dia bukan lagi pasangan anda, jangan sesekali memutuskan hubungan dengannya kerana sebuah perkahwinan pastinya melibatkan banyak pihak, lebih-lebih lagi jika anda sudah mempunyai cahaya mata.

Oleh itu, lebih baik anda kekal berhubungan supaya dapat menyelesaikan perkara-perkara berbangkit dengan mudah.  

 

2) Berhentikan menyalahkan diri sendiri

image is not available
Gambar Hiasan

Jangan terus menyalahkan diri sendiri. Lebih baik fokus memikirkan masa depan, daripada menyesali masa lalu.

 

3) Bersosial

image is not available
Gambar Hiasan

Jika sebelum ini anda tidak punya masa bersama teman-teman sebelum ini, mungkin inilah masa terbaik untuk bertemu dengan mereka.

Jangan mengurung diri di rumah dengan menangisi perpisahan. Ajak teman-teman rapat melakukan aktiviti menyeronokkan. Jangan pula mengadu domba masalah perceraian. Takut nanti teman pula naik bosan.

 

4) Terus melangkah

image is not available
Gambar Hiasan

Kadangkala anda harus menerima kenyataan yang tidak dapat dielakkan. Semakin cepat anda menerima perpisahan dengan pasangan, semakin cepat anda mula mencari bahagia dan membuka pintu hati kepada hubungan yang lebih menggembirakan. 

 

5) Larikan diri

image is not available
Gambar Hiasan

Setelah lelah melalui proses perceraian, larikan diri seketika daripada rutin harian. Ambil masa menyendiri dengan merenungkan kembali perjalanan perkahwinan yang telah berakhir. Dari situ, anda boleh belajar dan cuba memperbaiki diri untuk masa hadapan. 

 

6) Yakinkan diri anda masih bertuah

image is not available
Gambar Hiasan

Ingat! Jika anda merasakan kejadian yang menimpa sudah cukup menyedihkan, pasti ada lagi individu yang melalui episod lebih duka. Bacalah kisah-kisah perceraian, atau bagaimana orang lain mampu bangkit usai perpisahan. 

Berfikirlah secara rasional. Sematkan dalam fikiran “aku kuat dan pasti mampu harungi segala cabaran”. - Getaran, 4 September 2022