Wajib Tahu, Ini 8 Lokasi Bahagian “Sensor” Enjin Yang Penting Pada Kenderaan

LocalCars
28 Oct 2025 • 9:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wajib Tahu, Ini 8 Lokasi Bahagian “Sensor” Enjin Yang Penting Pada Kenderaan

Sensor atau pengesan dalam kenderaan berfungsi mengesan dan menghantar maklumat penting kepada sistem elektronik untuk mengawal pelbagai komponen termasuk membantu enjin beroperasi dengan lebih efisien,

Selain itu, sensor turut berperanan dalam sistem keselamatan seperti brek anti kunci dan beg udara bagi melindungi pemandu serta penumpang.

Sebagai pemilik dan pemandu kereta, penting untuk anda sekurang-kurangnya mengambil berat mengenai perkara ini, lebih-lebih lagi ketika berdepan situasi di luar jangka.

Setidaknya, ia dapat membantu anda mengesan masalah dengan lebih awal.

Jadi, SK hari ini ingin berkongsi bahagian mana terletaknya sensor enjin yang penting menerusi perkongsian Zam Auto Accessories.

Bahagian Sensor Enjin Yang Penting

1. Sensor MAF (Mass Air Flow)

Lokasi: Selepas penapis udara, di dalam saluran udara masuk

Fungsi: Mengukur jumlah udara yang masuk ke dalam enjin bagi membolehkan sistem melaras jumlah bahan api dengan tepat

2. Sensor MAP (Manifold Absolute Pressure)

Lokasi: Pada manifold kemasukan (intake manifold), biasanya dipasang dengan skru atau disambung melalui hos vakum

Fungsi: Mengukur tekanan dalam manifold untuk mengira beban enjin

3. Sensor TPS (Throttle Position Sensor)

Lokasi: Pada badan throttle, disambungkan kepada aci throttle

Fungsi: Mengesan tahap bukaan throttle bagi mengawal jumlah bahan api yang disuntik

4. Sensor O2 (Oxygen Sensor)

Lokasi: Di dalam sistem ekzos — biasanya sebelum dan selepas penukar bermangkin (catalytic converter)

Fungsi: Mengukur kandungan oksigen dalam gas ekzos untuk memastikan campuran udara dan bahan api seimbang serta mengurangkan pencemaran

5. Sensor ECT (Engine Coolant Temperature)

Lokasi: Pada kepala silinder atau berhampiran termostat

Fungsi: Memantau suhu enjin untuk mengawal kelajuan kipas penyejuk, suntikan bahan api, dan masa penyalaan.

6. Sensor Ketukan (Knock Sensor)

Lokasi: Pada blok enjin, berhampiran silinder

Fungsi: Mengesan ketukan atau “knocking” dalam enjin supaya ECU dapat melaras masa penyalaan dengan tepat

7. Sensor Kedudukan Aci Engkol (Crankshaft Position Sensor – CKP)

Lokasi: Berhampiran roda tenaga (flywheel) atau di bahagian bawah enjin, menghadap aci engkol

Fungsi: Menjejak kelajuan dan kedudukan aci engkol untuk mengawal masa penyalaan dan suntikan bahan api

8. Sensor Kedudukan Aci Sesondol (Camshaft Position Sensor – CMP)

Lokasi: Di bahagian atas enjin, berhampiran aci sesondol atau penutup injap

Fungsi: Membantu ECU menyelaras masa penyalaan dan suntikan bahan api mengikut putaran

image is not available
Gambar: Zam Auto AccessoriesSensor MAF (Mass Air Flow)