Wakaf Selangor perkukuh literasi wakaf bersama warga PDRM

4 Dec 2025 • 3:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 DIS: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) memperkukuh literasi wakaf bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor dalam usaha menjayakan agenda kebajikan berasaskan jariah.

Agensi itu memaklumkan, kerjasama strategik antara kedua-dua pihak itu bukan sahaja memugar budaya memberi, malah memperkukuhkan ekosistem wakaf sebagai pemangkin kesejahteraan negeri.

Sebagai simbolik kerjasama, kempen Wakaf Warga PDRM dilancar dengan gimik Ketua Polis Selangor Dato’ Shazeli Kahar menandatangani Borang Skim Potongan Gaji (SPG) sebagai tanda komitmen rasmi menyokong inisiatif wakaf PWS.

Pada majlis sama, turut berlangsung sesi perkongsian ilmu berhubung konsep sedekah jariah sebagai legasi amal berpanjangan disampaikan Timbalan Mufti Pahang, Dato’ Dr Badli Shah Alauddin.

Dalam pada itu, PWS menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah RM43,500 bagi pembelian 100 unit kerusi roda untuk kegunaan PDRM Selangor sebagai sokongan terhadap perkhidmatan awam dan kebajikan komuniti.

Orang ramai boleh layari Wakaf Selangor Online menerusi laman sesawang https://fpx.wakafselangor.gov.my atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved