Wakaf Selangor salur RM50,000 bantu masjid baik pulih tembok, tempat wuduk

9 Sep 2024 • 11:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 SEPT: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah sebanyak RM50,000 kepada Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, kelmarin.

Menerusi Facebook, perbadanan itu memaklumkan agihan tersebut bagi membantu rumah ibadat berkenaan menampung kos baik pulih tembok dan naik taraf tempat wuduk lelaki.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf sehingga akhirat,” katanya.

Cek cura itu diserahkan Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS Muhammad Suffian Assauri Omar kepada Penolong Pengurus Masjid Ustaz Mohd Norzafri Nadri.

Pada masa sama, Muhammad Suffian turut menyampaikan tazkirah bertajuk Wakaf – Ibadah Berkekalan bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.

PWS turut membuka kaunter bagi memudahkan jemaah membuat wakaf tunai. Wakaf juga boleh dibayar secara dalam talian melalui https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved