Wakaf Selangor salur sumbangan lebih RM36,000 kepada maahad tahfiz

29 Nov 2023 • 12:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 29 NOV: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan wakaf berjumlah RM36,180 kepada Asrama Putera Maahad Ihya’ Al Ahmadi, Banting semalam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sumbangan tersebut dilakukan dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat.

“Semoga dengan serahan wakaf ini pihak maahad dapat memasang kekili hos (hose reel) sekali gus dimanfaatkan pelajar dan guru di sini,” katanya.

Terdahulu, majlis serahan sumbangan disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar kepada Pengetua Maahad Ihya’ Al Ahmadi Ustaz Hazren Ahmad.

Dalam perkembangan sama, PWS menyeru masyarakat untuk terus berwakaf secara lebih mudah dan pantas menerusi laman sesawang https://fpx.wakafselangor.gov.my/.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved