Wakil Korea Selatan, Jin BTS Dilapor Sertai Larian Obor Di Sukan Olimpik Paris 2024

2 Jul 2024 • 11:05 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas keluar tentera, Jin BTS nampaknya akan sibuk dengan pelbagai aktiviti!

Terbaru menurut laporan, Jin akan mewakili Korea Selatan sebagai pembawa obor di Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 dan turut mengambil bahagian dalam acara larian berganti-ganti.

Sebagai respon, HYBE memberitahu,

Sebarang pengumuman berkaitan Sukan Olimpik perlu dibuat selepas berunding dengan IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa). Kami tidak lama lagi akan menjelaskan kedudukan kami mengenai larian obor.

Untuk pengetahuan, acara obor Olimpik ini akan melalui lebih 400 lokasi di Perancis, meliputi perjalanan kira-kira 12,000km sebelum tiba di majlis perasmian pada 27 Jun nanti.

Tambahan, terdapat 11,000 pembawa obor yang akan mengambil bahagian dalam acara lari berganti-ganti ini termasuklah Jin, Didier Drogba, Tony Parker dan ramai lagi.

Sementara itu, Jin juga dijangka akan berlepas ke Perancis tak lama lagi namun, tarikh dan lokasi acara masih belum didedahkan lagi setakat ini.

Cayalah Jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.