Wakil Perdagangan AS Tidak Dimaklumkan Tentang Penangguhan Tarif? – “Nampaknya Bos Awak Tarik Balik Keputusan..”

WorldPolitics
10 Apr 2025 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pegawai Perdagangan Utama Presiden Donald Trump mengakui bahawa dia tidak dimaklumkan mengenai penangguhan tarif selama 90 hari sehinggalah selepas pengumuman itu dibuat.

Menerusi satu video yang tular di aplikasi TikTok, ia memaparkan Wakil Demokrat dari Nevada iaitu Steven Horsford mengajukan soalan kepada Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer dalam satu sesi pendengaran di Dewan Perwakilan.

image is not available

Horsford bertanya tentang bilakah Greer mengetahui tentang langkah baru Trump itu.

Menurut Greer, keputusan itu dibuat beberapa minit sebelum sesi pendengaran itu berlangsung.

Saya difahamkan keputusan itu dibuat beberapa minit yang lalu.

@joshhelfgottBREAKING Man in charge of tariffs DESTROYED on live TV♬ original sound – Josh Helfgott

Horsford dilihat seolah-olah memerli Greer dengan mengatakan Trump membuat keputusan tanpa memberitahunya.

Nampaknya bos awak menarik balik keputusan tanpa memberitahu awak dan menangguhkan tarif tersebut.

Walau bagaimanapun, Greer memaklumkan bahawa dia sedar polisi itu mungkin berubah pada pagi Rabu.

image is not available

Namun, apabila Horsford bertanya mengapa perkara itu tidak diajukan ketika ucapan pembukaannya, dia mengatakan bahawa dia tidak akan mendedahkan perbualannya dengan Trump.

Saya tidak akan mendedahkan perbualan saya dengan President.

Susulan itu, Horsford mempertikai adakah ini cubaan untuk memanipulasi pasaran namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Greer.

Ini bukan memanipulasi pasaran tapi kami cuba untuk menetapkan semula sistem perdagangan global.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Amerika Syarikat (AS) mengecam Greer dan menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Horsford mengatakan perkara yang dilaksanakan oleh Trump ketika ini adalah cubaan untuk memanipulasi pasaran.

image is not available image is not available

image is not available 1 day ago

Trump Tangguh Tarif 90 Hari Tapi Terus ‘Tekan’ China Dengan Kenaikan Sehingga 125%