Wakil rakyat Balakong harap belanjawan negeri tumpu usaha tingkat kemudahan awam

28 Oct 2023 • 9:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 28 OKT: Belanjawan Selangor 2024 diharap memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemudahan awam dengan menyalurkan tambahan dana.

Wakil rakyat Balakong berkata ia berikutan banyak kemudahan awam seperti dewan dan gelanggang sukan terutama di kawasannya yang uzur akibat tidak diselenggara.

“Bajet untuk kemudahan awam sebelum ini memang ada cuma adalah lebih baik sekiranya Kerajaan Negeri dapat tambah lagi supaya infrastruktur ini boleh diselenggara.

“Selain itu, saya berharap belanjawan 2024 ini dapat menumpukan kepada program membantu anak muda terutama yang belajar bidang kemahiran untuk mendapat peluang pekerjaan,” kata Wayne Ong Chun Wei ketika dihubungi.

image is not available
Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong Wayne Ong Chun Wei (tengah) melawat Dewan Komuniti Batu 11 Cheras pada 25 Oktober 2023. Foto Facebook Wayne Ong Chun Wei

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan Belanjawan Selangor 2024 dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada 10 November depan.

Bagi belanjawan negeri tahun ini, sejumlah RM2.45 bilion diluluskan melibatkan perbelanjaan pengurusan berjumlah RM1.25 bilion manakala pembangunan pula sebanyak RM1.2 bilion.