Wakil rakyat DAP gagal capai KPI berisiko tidak dicalonkan semula, kata Loke

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 6:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Wakil rakyat DAP gagal capai KPI berisiko tidak dicalonkan semula, kata Loke

Wakil rakyat DAP yang gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) berisiko tidak dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang, kata Anthony Loke.

IPOH: Mana-mana wakil rakyat DAP yang gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan berisiko tidak dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang, kata Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke. 

Beliau berkata mengambil contoh DAP Perak, pengerusinya Nga Kor Ming menetapkan tanda aras prestasi yang ketat bagi memastikan setiap wakil rakyat parti itu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata penilaian menyeluruh itu merangkumi penyampaian khidmat kepada masyarakat, pelaksanaan gerak kerja di kawasan, usaha memperkukuh parti serta komitmen wakil rakyat untuk sentiasa turun padang.

“Wakil rakyat kita memang bekerja sepanjang masa dan sudah tentu, jika ada yang kurang aktif, kita akan memastikan perubahan dilakukan.

“Melalui sistem ini, kita sentiasa mengingatkan mereka bahawa prestasi yang kurang memuaskan meningkatkan kemungkinan mereka tidak dicalonkan semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak Ke-24 di sini hari ini.

Loke berkata sistem pemantauan prestasi wakil rakyat turut dilaksanakan di negeri-negeri lain mengikut kaedah masing-masing, namun Perak mengamalkan pendekatan yang lebih tegas bagi memastikan sebarang kelemahan dapat dikenal pasti dan ditambah baik.

Mengenai perkembangan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Loke mengesahkan rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri telah selesai.

“Ya, peringkat negeri Melaka sudah selesai,” katanya ketika ditanya sama ada rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PH bagi PRN Melaka telah dimuktamadkan. 

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 31 Okt sebagai hari penamaan calon, 10 Nov bagi pengundian awal dan 14 Nov sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 Sept lepas.

Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved