
TAWAU: Para pemimpin setempat, khususnya Wakil Rakyat dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) diminta lebih proaktif menyantuni golongan pelajar B40 untuk dibantu menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk TS Mustapha Sakmud berkata, kerajaan Madani memperuntukkan sejumlah bajet untuk program terbabit bagi membantu anak-anak golongan B40 yang pertama dalam keluarganya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
“Mereka diberikan keistimewaan dari segi pembiayaan pengajian dan faedah-faedah lain bagi membantu mengurangkan beban keluarga, sekaligus menyokong usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan negara apabila tamat belajar kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jom Masuk U 2024 Zon Sabah I di Dewan Sukan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Sabtu.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Sebanyak 150 pempamer melibatkan 60 gerai pameran menyertai siri program itu yang melibatkan universiti-universiti awam, Jabatan Pendidikan politeknik dan kolej komuniti, institut latihan kemahiran awam serta institusi pendidikan tinggi swasta terpilih.
Menyentuh program itu, beliau berkata, Jom Masuk U merupakan medium interaksi informal dan bersifat santai yang membolehkan pelajar, ibu bapa, pendidik, kaunselor dan masyarakat umum mendapatkan maklumat berkenaan peluang pengajian dan pembiayaan ditawarkan dan agensi pembiaya secara langsung di bawah satu bumbung.
Menurutnya, kemuncak Jom Masuk U 2024 bagi Zon Sabah II akan diadakan pada 8 hingga 9 Jun 2024 dengan kerjasama UiTM Cawangan Sabah (UiTM).
Dalam pada itu, Mustapha berkata, sebanyak 504 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,114 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/Setaraf di pusat pengajian seluruh negara.
Namun, katanya, calon perlu mengambil maklum bahawa tiada jaminan mendapatkan tawaran program pengajian berdasarkan kepada kedudukan merit semata-mata.
Beliau juga mengingatkan para calon supaya bijak menentukan pilihan program pengajian yang ingin diikuti menerusi permohonan UPUOnline demi masa depan mereka.
Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, UMS yang termasuk dalam lapan UA yang menjadi perintis Program Sulung pada tahun lalu akan meneruskan program tersebut.
“Pelaksanaan program Mekanisme Mod Kemasukan Baharu Bagi Isi Rumah 40 peratus Terendah (B40) atau di UMS dipanggil Meniti iaitu singkatan daripada ‘Merubah Idea Menjadi Realiti’ sejak 2013 akan diteruskan.
“Ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar kurang berkemampuan dan berkelayakan juga diberi peluang pendidikan yang sama seperti para pelajar lain,” katanya lagi.
Dr. Kasim berkata, sejak 2013, program Meniti sudah ditawarkan kepada 1,274 pelajar B40 dan pelajar yang bergraduasi adalah sebanyak 876 pelajar yang sudahpun bekerja dalam pelbagai agensi kerajaan dan swasta atau menyambung pengajian peringkat sarjana dalam pelbagai bidang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



