Wakil Rakyat Rupanya Penjenayah Dikehendaki, Terlibat Kes Bunuh

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 11:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wakil Rakyat Rupanya Penjenayah Dikehendaki, Terlibat Kes Bunuh

Siapa sangka, individu yang diangkat sebagai Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) La Lita atau wakil rakyat sebenarnya merupakan penjenayah yang diburu (wanted) oleh polis berhubung kes pembunuhan seorang remaja sejak tahun 2014, lapor detik.com.

Ketua Bahagian Humas Polda Sultra, Kombes Iis Kristian mengesahkan penahanan DPRD La Lita atau dikenali sebagai Litao selepas diburu lebih sedekad lalu.

Jelas Kristian, suspek terlibat dalam kes pembunuhan seorang remaja bernama Wiranto di Kelurahan Mandati I, Kecamatan Wangiwangi Selatan pada Oktober 2014.

Peguam keluarga mangsa itu, La Ode Muhammad Sofyan Nurhasan menegaskan bahawa suspek sepatutnya telah ditangkap sejak dahulu lagi.

Beliau mendedahkan bahawa ketika proses undang-undang berjalan, suspek sempat melarikan diri dan menghilang dari rumahnya. Namun, menjelang pilihan raya anggota DPRD 2024, Litao kembali muncul dan mencalonkan diri sebagai wakil rakyat.

Hairan, Penjenayah Boleh Dilantik Wakil Rakyat

Dalam perkembangan lain, beliau mempersoalkan bagaimana suspek yang berstatus buruan boleh mencalonkan diri sebagai wakil rakyat. Malah berjaya dilantik sebagai wakil rakyat.

“Dia sudah ditetapkan sebagai DPO (buruan polis) tapi ketika masuk pencalonan DPRD dia datang dan mendaftar. Kenapa polis tidak menangkapnya?” persoalnya.

Pada 2015, mahkamah memutuskan dua individu lain telah didapati bersalah kerana turut serta dalam penganiayaan yang membawa kepada kematian mangsa.

Untuk pengetahuan, suspek dilantik menjadi DPRD pada Oktober 2024, petik Liputan6

Sumber: Detik.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved