
Kejohanan Seni Persembahan Sedunia 2024 di California
Wakili Malaysia Bawa Tarian Ngajat Di Amerika, Penari Cilik Dari Sarawak Ini Menang Emas. Pada bulan Januari tahun lalu, penari cilik berusia lapan tahun, Dion Das Louis yang berasal dari Sarawak telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Seni Persembahan Sedunia 2024 di California, Amerika Syarikat.
Dilaporkan, Kejohanan Seni Persembahan Sedunia 2024 yang bermula 1 hingga 5 Julai baru-baru ini telah mengumumkan Dion Das Louis lebih mesra dikenali sebagai ‘The Little Bornean Birdie’, sebagai juara kejohanan berkenaan.

Tarian diilhamkan dari tarian ngajat
Dion mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut, mempersembahkan tarian yang diilhamkan dari tarian ngajat tradisional Dayak Iban yang menggabungkan unsur-unsur daripada dua burung Borneo yang ikonik, iaitu ruai, atau burung Argus Besar Malaya, dan kenyalang, atau burung enggang.
Sebelum ini, penari cilik ini juga telah berjaya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Seni Persembahan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 Januari lalu.


Tahniah diucapkan kepada Dion Das Louis kerana telah mengharumkan nama negara dipersada dunia di samping dapat mempersembahkan tarian penuh budaya yang melambangkan Sarawak di Amerika.




