Wakili Malaysia, JPJ Terima Pengiktirafan Digital Transformation Of The Year

LocalTechnology
20 Jun 2025 • 3:42 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah dinobatkan sebagai “Digital Transformation Of The Year –Transportation” sempena majlis penganugerahan The GovMedia Awards 2025 yang berlangsung di Singapura, semalam.

JPJ terima pengiktirafan peringkat dunia

image is not available

Malaysia yang diwakili oleh JPJ membawa aplikasi MyJPJ sekali gus berjaya dinobatkan sebagai juara bagi anugerah tersebut.

Kejayaan ini menunjukkan usaha seluruh warga JPJ dalam memacu agenda pendigitalan perkhidmatan awam khususnya dalam sektor pengangkutan, sesuai dengan aspirasi Kerajaan ke arah pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan.

Sehubungan itu, mereka turut mengucapkan sekalung penghargaan buat Kementerian Pengangkutan Malaysia serta semua pihak yang tidak memberi sokongan sepanjang perjalanan transformasi ini.

JPJ berharap dengan adanya kejayaan ini menjadi satu penanda aras untuk terus mengukuhkan inovasi dan kecemerlangan terutamanya dalam sektor pengangkutan negara.

image is not available

Untuk rekod, The GovMedia Awards 2025 merupakan penganugerahan kepada agensi Kerajaan/Syarikat di rantau Asia Pasifik ke atas inisiatif atau projek transformasi yang berimpak tinggi. Penilaian oleh panel-panel terdiri syarikat auditor terkemuka di dunia iaitu PwC, Ernst & Young (EY) dan KPMG.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved