Waktu Baharu Buat Cawangan Puspakom Glenmarie: 7 Pagi -11 Malam

LocalCars
16 Aug 2024 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan melancarkan tempoh percubaan operasi selama 16 jam sehari di cawangan Glenmarie bermula 2 September 2024 hingga 3 Januari 2025.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman.

Langkah itu diambil bagi menampung permintaan pemeriksaan yang semakin meningkat.

image is not available

"Ia juga satu langkah strategik PUSPAKIM ke arah skop pasaran terbuka di dalam industri pemeriksaan kenderaan di Malaysia.

"Dengan waktu operasi yang baharu ini, secara tidak langsung dapat menyediakan lebih banyak slot janji temu pemeriksaan kepada pelanggan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

penambahan waktu operasi berkenaan adalah sebahagian daripada projek percubaan untuk menilai kesesuaian pelaksanaan waktu operasi yang lebih panjang.

"Kami sedang cuba untuk melanjutkan waktu operasi yang lebih panjang bagi mengurangkan kesesakan di cawangan-cawangan PUSPAKOM yang mempunyai trafik yang tinggi dan untuk permulaan ini, kami memilih PUSPAKOM Glenmarie sebagai cawangan percubaan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan.

"Sekiranya mendapat sambutan yang baik, kami akan melaksanakan secara berperingkat di cawangan lain," katanya.

Bagaimanapun, waktu operasi di cawangan lain kekal sama dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.