
Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri 2026
Tinggal sehari sahaja lagi, umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan bulan paling mulia iaitu bulan Ramadan.
Bulan yang paling ditunggu-tunggu ini menjadi medan untuk semua orang meraih pahala dan meningkatkan keimanan kepada Allah SWT melalui pelbagai ibadah.
Dalam pada itu, puasa selama 30 hari bukan sahaja mengajar kita erti kesabaran, tetapi turut mengeratkan hubungan silaturahim dengan rakan-rakan dan keluarga ketika berbuka dan bersahur.
Di sebalik waktu berbuka dan bersahur pula, tersimpan keberkatan padanya yang sangat rugi jika tidak diraih.
Baca juga:Sunah Nabi Muhammad SAW adalah menyegerakan waktu berbuka. Justeru, anda perlu tahu waktu yang tepat untuk berbuka serta apabila tamatnya waktu sahur.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan jadual waktu berbuka dan imsak di semua negeri di Malaysia pada tahun ini.
Waktu-waktu ini tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Berikut SK kongsikan jadual terkini bagi bulan Ramadan 2026 mengikut negeri:
Johor
Zon 1: Pulau Aur dan Pulau Pemanggil

Zon 2: Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya

Zon 3: Daerah Pontian dan Kluang

Zon 4: Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor

Kelantan
Zon 1: Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)

Zon 2: Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas dan Bertam) dan jajahan kecil Lojing

Terengganu
Zon 1: Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus

Zon 2: Besut dan Setiu

Zon 3: Hulu Terengganu

Zon 4: Kemaman dan Dungun

Kedah
Zon 1: Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena

Zon 2: Pendang, Kuala Muda, Yan

Zon 3: Padang Terap, Sik

Zon 4: Baling

Zon 5: Kulim, Bandar Baharu

Zon 6: Langkawi

Zon 7: Puncak Gunung Jerai

Seluruh negeri Melaka

Selangor
Zon 1: Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat

Zon 2: Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Zon 3: Daerah Klang dan Kuala Langat

Negeri Sembilan
Zon 1: Daerah Tampin dan Jempol

Zon 2: Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau

Zon 3: Seremban dan Port Dickson

Pahang
Zon 1: Pulau Tioman

Zon 2: Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan

Zon 3: Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera dan Jerantut

Zon 4: Bentong, Raub dan Lipis

Zon 5: Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi

Zon 6: Bukit Fraser, Genting Highlands dan Cameron Highlands

Zon Khas: Mukim Rompin, Mukim Endau dan Mukim Pontian

Perak
Zon 1: Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Zon 2: Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput dan Kuala Kangsar

Zon 3: Lenggong, Pengkalan Hulu, Grik

Zon 4: Temengor, Belum

Zon 5: Kg Gajah, Teluk Intan, Bagan Datuk, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan, Pulau Pangkor

Zon 6: Selama, Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar

Zon 7: Bukit Larut

Seluruh negeri Perlis

Seluruh negeri Pulau Pinang

Sabah
Zon 1: Bahagian Sandakan (Timur): Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam

Zon 2: Bahagian Sandakan (Barat): Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah

Zon 3: Bahagian Tawau (Timur): Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu

Zon 4: Bahagian Tawau (Barat): Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai, dan Kalabakan

Zon 5: Bahagian Kudat: Pulau Banggi, Pitar, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat

Zon 6: Gunung Kinabalu

Zon 7: Bahagian Pantai Barat: Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar

Zon 8: Bahagian Pedalaman (Atas): Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau

Zon 9: Bahagian Pedalaman (Bawah): Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang

Sarawak
Zon 1: Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas

Zon 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Marudi

Zon 3: Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh, Bintulu

Zon 4: Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit, Song

Zon 5: Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang

Zon 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak

Zon 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Maludam

Zon 8: Kuching, Siburan, Bau, Lundu, Sematan

Zon Khas: (Kpg. Bukit Puan, Kpg. Tanah Sibagol, Kpg. Sasa, Kpg. Munchu, Kpg. Undop, Kpg. Bukit Manang, Kpg Long Merambai, Kpg. Lempaki Tengah, Kpg. Lempaki Asal, Kpg. Languban, Kpg. Masjid Baru, Kpg. Patarikan, Kpg. Bangkatan)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Wilayah Persekutuan Labuan

Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia, semoga puasa kali ini lebih bermakna dan kita semua mendapat keberkatan dari Ilahi.
