Waktu Perkhidmatan LRT, MRT Dan Monorel Esok Dilanjutkan Sehingga 1 Pagi – RapidKL

30 Dec 2022 • 5:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Waktu perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel esok dilanjutkan sehingga 1 pagi – RapidKL

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Bagi memenuhi keperluan operasi sempena malam Tahun Baru 2023 beberapa stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan dilanjutkan operasinya esok sehingga pukul 1 pagi.

Rapid KL menerusi hantaran di laman media sosial mereka memaklumkan stesen-stesen yang terlibat bagi laluan LRT Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek, Maluri, IOI Puchong dan PWTC.

Bagi laluan LRT Kelana Jaya pula, stesen KLCC dan Masjid Jamek, sementara laluan MRT Kajang di stesen Bukit Bintang dan Maluri, manakala laluan KL Monorel, hanya di stesen Bukit Bintang.

Menurut RapidKL, stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di stesen tersebut.

“Pengguna juga disaran menggunakan kad Touch N Go dan pastikan baki mencukupi untuk kelancaran perjalanan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved