Waktu terbaik ceburi industri penanaman lada

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2025 • 3:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin memaklumkan ketika ini adalah masa terbaik untuk menceburi industri lada tempatan berikutan sedang mengalami peningkatan harga berterusan serta dijangka kekal stabil sehingga suku ketiga 2025.

Menurutnya setakat Julai tahun ini purata harga lada hitam meningkat 51 peratus daripada RM18,066 per tan kepada RM27,240 per tan berbanding tempoh sama pada 2024 manakala purata harga lada putih turut meningkat 43 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 kepada RM37,407 per tan daripada RM26,164 per tan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata situasi berkenaan adalah susulan trend pengukuhan mata wang ringgit (RM) baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Program Promosi dan Galakan Tanaman Lada di Tawau di Dewan Masyarakat Tawau pada Selasa yang dihadiri 250 peserta.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (MPB) Vincent Sawat.

Dalam pada itu katanya Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama MPB selaku agensi pelaksana sentiasa komited dan bergerak aktif bagi membimbing para pengusaha tanaman lada di seluruh Malaysia dalam merancakkan lagi industri lada negara dan membangunkan kawasan tanaman lada.

Menurutnya kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk pelaksanaan Program Pembangunan Huluan Industri Lada (PHIL) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) mulai 2021 hingga 2025.

Beliau menyatakan setakat ini seramai 5,200 pekebun lada di seluruh negara yang mengusahakan kawasan tanaman seluas 721.9 hektar berjaya memperoleh manfaat menerusi Skim Tanaman Lada Baharu (STLB) dengan nilai keseluruhan bantuan mencecah RM28.7 juta.

“Selain itu seramai 10,587 pekebun lada mendapat manfaat daripada penyaluran bantuan Skim Tanaman Lada Matang (STLM) dengan keluasan tanaman lada seluas 1,824 hektar yang melibatkan jumlah bantuan sekitar RM35.5 juta.

“Menerusi jumlah tersebut penerima STLB di Sabah adalah seramai 132 orang dengan keluasan 20.9 hektar membabitkan nilai bantuan RM769,940.

“Pada masa yang sama seramai 197 pekebun mengusahakan seluas 27.2 hektar tanaman lada di Sabah menikmati manfaat STLM dengan anggaran bantuan keseluruhan bernilai RM440,000,” tambahnya.

Mengulas lanjut Chan melihat pembangunan tanaman lada di Sabah mampu dilaksanakan dengan mengambil kira kelebihan bentuk muka bumi dan topografi tanah yang berbukit sekali gus sesuai untuk tanaman lada.

Tambah Chan Sabah juga dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan logistik serta pelabuhan yang membolehkan aktiviti dagangan lada dijalankan selain memiliki pasaran terbuka bagi penjualan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk makanan basah dan kering.

Beliau percaya pembangunan tanaman lada bukan sahaja mampu memberi impak kepada ekonomi negeri ini malahan dapat menjana pendapatan tambahan kepada pengusaha komoditi sedia ada yang menjadikan tanaman lada sebagai tanaman alternatif atau sampingan.

“Perusahaan ini juga boleh membuka peluang pekerjaan baharu terutamanya dalam sektor perladangan,” katanya.