“Waktu Tu Juga Lah Nak Bagi Duit” – Lelaki Kongsi Perangai Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah, Jadi Punca Sesak

LocalFamily & Parenting
2 May 2024 • 8:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang lelaki berkongsi pendapatnya mengenai sikap ibu dan ayah yang menghantar anak ke sekolah setiap pagi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk setiap pagi.

Dalam hantaran tersebut, lelaki itu menyenaraikan ‘aktiviti’ biasa yang dilakukan ibu dan ayah ketika menghantar anak ke sekolah, antaranya, memberhentikan kereta, membukakan pintu, memakaikan beg sekolah dan pelbagai lagi.

image is not available

Sumber : Facebook 

Ada parent jenis dia akan hentikan kereta, turun kereta, bukakan pintu utk anak, pakaikan beg sekolah kat anak, ambik beg bekal bagi kat anak, buka wallet bagi duit sekolah kat anak, bagi sedikit amanat…

…dan motivasi kat anak dia, akhirnya dia salam peluk cium anak. Selesai semua salam jamaie salam wida’ doa wehdah semua baru dia masuk balik kereta dan berlalu.

Berikutan ‘sayangnya’ ibu ayah terhadap anak mereka itu setiap pagi, ramai pula yang tersangkut kerana terpaksa menunggu dalam menghadap kesesakan lalu lintas.

image is not available

Sumber : Insta_Umie  

“Aku yang kat belakang dia ni panas jer beratur bersusun berpuluh kereta kat belakang dia tak leh nak lalu.” ngomelnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan lelaki itu yang geram dengan sikap ibu bapa yang dilihat seperti mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain.

image is not available

Sumber : Facebook  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 hours ago

Ibu Berebut Duit 'Salam Kaut' Majlis Anak Sendiri, Sampai Bergaduh Dengan Keluarga Besan - "Rupanya Kakak Ipar Yang 'Sponsor' Kahwin"