“Walau Ada Parau Perih Tapi Alhamdulillah..” – Izzue Islam Beri ‘Hint’ Bakal Menimang Cahaya Mata Tahun Ini

Entertainment
3 Jan 2024 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan penyanyi terkenal Izzue Islam telah tampil memberi bayangan dirinya dan isteri, Awin Nurin mungkin akan mendapatkan anak pada tahun baru ini.

Bakal menimang cahaya mata

Menurut hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini, dirinya telah berkongsi sebuah video bersama isterinya yang sedang membeli-belah di sebuah pasaraya. Namun, kapsyen hantaran tersebut yang berjaya meraih perhatian netizen.

2023 dan masih berdua. Walau ada parau perih tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya untuk tahun ini. Bismillah #roadtobertiga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam)

Doa netizen

Pada masa yang sama, melihat ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai rakan artis dan netizen yang turut mendoakan penyanyi ini agar diberikan rezeki cahaya mata di tahun 2024 ini.

Respect dengan Izzue, tetap setia sebab dia percaya, semua terletak di tangan yang diatas.

Nampak sangat dia sayang sangat dan adore wife dia, lelaki setia masih wujud.

image is not available

Sumber : Instagram  

Sebelum ini, Izzue pernah menyatakan bahawa dirinya dan isteri sedang mencari masa yang sesuai untuk menjalankan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi usaha mendapatkan anak.

image is not available 1 month ago

"Bayi Tu Dah Berusia 4 Tahun" - Ramai Tiba-Tiba Ucap Tahniah, Izzue Islam Didakwa Ambil Anak Angkat